Majikan dan pekerja mesti didaftarkan dengan PERKESO dalam tempoh tidak lewat daripada 30 hari dari tarikh seorang pekerja diambil bekerja. Bagi tujuan pendaftaran, majikan dikehendaki mengisi Borang Pendaftaran Majikan (Borang 1) serta Borang Pendaftaran Pekerja (Borang 2) bersama dengan dokumen yang ditetapkan secara dalam talian melalui Portal ASSIST. Jika berlaku perubahan nama / alamat / jenis / status ketuanpunyaan perusahaan atau pekerja, pengemaskinian rekod yang dimaksudkan boleh dilakukan melalui Portal ASSIST. PERKESO hanya menggunakan Nombor Kad Pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara untuk semua urusan dan tidak lagi menggunakan Nombor Keselamatan Sosial.
Muat turun borang-borang yang disenaraikan di bawah:
Borang tersebut juga boleh didapati di sini.
Lengkapkan borang-borang yang disenaraikan di Langkah 1.
Imbas borang-borang tersebut secara berasingan.
Sediakan salinan dokumen berikut:
Dapatkan ID untuk memuat naik dokumen ke dalam sistem (Sistem ASSIST) - Emel Borang Permohonan Enrolment Penggunaan Portal ASSIST ke:
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Kami akan emel semula ID dan kata laluan sementara kepada anda.
Log masuk ke portal ASSIST menggunakan ID yang telah diemelkan kepada anda dan muat naik borang-borang pendaftaran serta dokumen sokongan (rujuk Langkah 1 dan Langkah 2).
Untuk rujukan sila ke:
Setiap majikan yang berhenti daripada menjadi majikan, hendaklah melengkapkan Borang 1A dan mengemukakan bersama dokumen berkaitan dalam tempoh 30 hari pemberhentian tersebut melalui Portal ASSIST.
Majikan hendaklah menyelenggara dan menyimpan rekod daftar pekerja yang menunjukkan butir-butir berikut bagi tiap-tiap bulan untuk setiap pekerja:
Daftar pekerja dan semua rekod bayaran caruman hendaklah disimpan selama tujuh (7) tahun dari tarikh catatan terakhir.
Semua pembayaran berbentuk wang kepada pekerja dianggap sebagai gaji yang layak dicarumkan dengan PERKESO. Pembayaran-pembayaran berkenaan seperti:
Semua pembayaran tersebut akan dibayar kepada pekerja sama ada bayaran mengikut jam, harian, mingguan, bulanan, hasil kerja (piece rated / task rated) adalah dianggap sebagai gaji. Walau bagaimanapun, pembayaran-pembayaran berikut tidak dianggap sebagai gaji:
Menara PERKESO, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
1-300-22-8000
Copyright 2020 © Social Security Organisation | All rights reserved