Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 telah diperkenalkan dan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2018. Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja. (Dikecualikan kepada penjawat awam dan yang bekerja sendiri). Pekerja adalah orang yang diambil bekerja oleh majikan di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan. Kontrak perkhidmatan atau perantisan itu sama ada dalam bentuk bertulis atau secara lisan, nyata atau tersirat.
Semua pekerja yang berumur dari 18 tahun hingga 60 tahun perlu dicarumkan kecuali bagi pekerja yang berumur 57 tahun dan ke atas dan tiada caruman telah kena dibayar sebelum mencapai 57 tahun. Takrif liputan caruman adalah tertakluk kepada had siling gaji yang diinsurankan (GYD) RM6,000.00.