Permohonan Faedah

Buat masa ini sebarang permohonan faedah hendaklah dikemukakan kepada pejabat PERKESO yang berdekatan untuk semakan dan juga pengesahan pegawai kami. Namun, PERKESO akan terus menambahbaik pengalaman pelanggan untuk memudahkan anda berurusan dengan kami. Berikut adalah proses permohonan faedah secara am.

Langkah 1

Muat turun borang-borang yang ditetapkan mengikut jenis faedah yang ingin dimohon (Rujuk di bawah). 

Langkah 2

Lengkapkan semua bahagian yang perlu dilengkapkan oleh pemohon dan sediakan dokumen sokongan yang disenaraikan dalam panduan. Bagi Borang 34, sila rujuk kepada panduan pengisian di pautan berikut.

Panduan Borang 34

Langkah 3

Serahkan borang kepada majikan anda jika terdapat seksyen Borang 34 yang perlu diisi oleh majikan (rujuk Panduan Borang 34).

Langkah 4

Hantar permohonan melalui dua cara:

  1. Kemukakan borang-borang serta dokumen sokongan di kaunter pejabat PERKESO yang berdekatan.
  2. Kemukakan borang-borang serta dokumen sokongan yang telah diimbas kepada majikan untuk dihantar kepada PERKESO melalui Portal Permohonan Faedah.
Portal Permohonan Faedah

Berikut adalah borang-borang yang telah disusun mengikut jenis faedah. Muat turun semua borang-borang tersebut mengikut jenis faedah yang ingin dimohon.

Nota: Bagi Borang 34, hanya perlu lengkapkan bahagian yang telah ditandakan () sahaja.

Menara PERKESO, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

1-300-22-8000

Copyright 2023 © Social Security Organisation | All rights reserved