Dasar

Dasar Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan mengintegrasikannya dalam aktiviti harian pengurusan. Pelaksanaan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang komprehensif akan memastikan budaya kerja yang selamat dan sihat bagi semua anggota, pelanggan dan orang awam yang berurusan dengan PERKESO.

Dasar Keselamatan ICT

Dasar Keselamatan ICT PERKESO mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan aset teknologi maklumat dan komunikasi PERKESO. Dasar ini juga menerangkan kepada semua pengguna di PERKESO dan pihak ketiga yang mempunyai keperluan capaian kepada aset ICT mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT PERKESO.

Dasar Kualiti PERKESO

PERKESO komited untuk memenuhi kepuasan pelanggan melalui usaha-usaha ke arah penambahbaikan yang berterusan.

Menara PERKESO, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

1-300-22-8000

Copyright 2023 © Social Security Organisation | All rights reserved