Caruman
Portal ASSIST
- Mulai 1 Januari 2018, PERKESO telah memperkenalkan Portal ASSIST PERKESO bagi memudahkan majikan menguruskan pendaftaran majikan dan pekerja, rekod caruman dan pembayaran caruman.
- Bagi menggunakan Portal ASSIST PERKESO ini, majikan perlulah mendaftar untuk mendapatkan ID Portal ASSIST PERKESO terlebih dahulu dengan melengkapkan Borang ID Portal ASSIST PERKESO yang boleh diperolehi menerusi laman sesawang PERKESO dan menghantarkannya ke pejabat PERKESO berdekatan.
- Portal ASSIST PERKESO boleh dilawati dengan melayari www.perkeso.gov.my login Portal ASSIST.
- Financial Process Exchange (FPX) - Majikan perlu mempunyai akaun perbankan internet dengan mana-mana bank yang menyediakan perkhidmatan FPX.
- Direct Debit Authorisation (DDA) – Majikan perlu membuat permohonan E-mandate melalui Portal Assist.

Perbankan Internet
Majikan perlu berdaftar dan mempunyai akaun di bank-bank yang telah dilantik. Penerangan lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi bank-bank berikut:
Bil | Bank | Perkhidmatan |
---|---|---|
1 | Maybank Berhad | Maybank2e.net |
2 | CIMB Bank Berhad | BizChannel |
3 | RHB Bank Berhad | RHB Reflex |
4 | Public Bank Berhad | PBeBank.com |
5 | Citibank Berhad | CitiConnect |
6 | Hong Leong Bank Berhad | ConnectFirst/Connect Biz |
7 | AmBank Malaysia Berhad | E-Ambiz |
8 | Alliance Bank Malaysia Berhad | BizSmart |
9 | Affin Bank | affinonline |
10 | HSBC Bank (M) Berhad | HSBCnet |
11 | Bank Islam Malaysia Berhad | e-Banker |
12 | Agro Bank | AGRONet |
13 | UOB Bank | UOB Business Internet Banking |
14 | Bank Muamalat Malaysia Berhad | Corporate Internet Banking (i-Biz) |
15 | Standard Chartered Malaysia | Straight2Bank |
16 | OCBC Bank | OCBC Velocity |
17 | Bank Rakyat | iRakyat |
18 | MBSB Bank | Mjourney |
19 | JP Morgan | JP Morgan Access |
Kaunter Bank
- Kaunter Bank (menggunakan rujukan ACR dengan data caruman dikemukakan menerusi Portal ASSIST PERKESO).
- Bank yang dilantik sebagai ejen pemungut adalah seperti berikut:
i. Maybank Berhad
ii. Public Bank Berhad (mulai 1 Mac 2018)
Aplikasi PRIHATIN
- Majikan boleh memuat turun aplikasi mudah alih PRIHATIN melalui Google Play Store atau App Store.
- Maklumat lanjut, sila klik https://www.perkeso.gov.my/prihatinapp.html
Tempoh Pembayaran Caruman
Pembayaran caruman hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 15 hari bulan bagi caruman bulan sebelumnya (contoh; caruman bulan Julai 2017 hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 15 Ogos 2017).
Faedah Caruman Lewat Bayar
Faedah caruman lewat bayar akan dikenakan pada kadar 6% setahun bagi tiap-tiap satu hari caruman yang tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan.