Soalan Umum
J : Pekerja yang dimaksudkan adalah seorang yang diambil bekerja dengan bergaji di bawah satu kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan dengan seorang majikan, sama ada kontrak itu nyata atau disifatkan ada atau dengan lisan atau dengan bertulis, dalam atau berhubung dengan kerja sesuatu perusahaan yang diliputi di bawah Akta.
J : Pekerja sementara atau tidak tetap adalah wajib didaftarkan dengan PERKESO.
J : Makluman pemberhentian pekerja boleh dibuat melalui Portal ASSIST. Berikut adalah panduan ringkas untuk pengemaskinian maklumat tersebut :
1. |
Klik pada My Sites dan pilih REGISTRATION. |
2. |
Kemudian, pilih dan klik UPDATE, pilih Update Add Employee Resigned Date |
3. |
Klik pada ikon Action |
4. |
Sekiranya melibatkan semua pekerja yang berhenti pada tarikh yang sama |
a. Klik All b. Update Employee Resign Date |
|
Atau |
|
Sekiranya masih lagi terdapat pekerja lain yang masih aktif |
|
a. Klik Specific b. Update Employee Resign Date c. Dalam kotak Please Select, pilih maklumat pekerja berdasarkan Kad Pengenalan / Nama Pekerja / Social Security No (SSN) d. Klik butang Action |
|
5. |
Klik Save & Continue |
6. |
Muat naik dokumen sokongan (Surat pemberhentian pekerja) |
7. |
Klik Save & Continue |
8. |
Klik Submit |
9. |
Proceed for Submission? Klik Confirm |
10. |
Nombor Request Case Update dijana (Sila simpan nombor tersebut untuk rujukan) |
11. |
Klik OK |
J : Semua pekerja yang layak perlu didaftar tanpa mengira berapakah umur mereka. Untuk pekerja yang berumur 60 tahun ke bawah, majikan perlu membayar caruman jenis pertama dan apabila berumur mencapai umur 60 tahun genap, majikan hanya perlu membayar caruman jenis kedua sahaja. Pekerja yang berumur lebih 55 tahun semasa pertama kali masuk kerja di perusahaan yang layak di bawah Akta dan belum pernah mencarum, perlu membayar caruman jenis kedua.
J :Bagi majikan yang gagal mendaftar, tindakan kompaun boleh dikenakan. Jika gagal jelaskan kompaun, tindakan Pendakwaan boleh diambil. Manakala majikan yang gagal mencarum, boleh terus diambil tindakan pendakwaan.
J : Kadar caruman pekerja adalah berdasarkan kepada gaji pekerja iaitu termasuk upah, kerja lebih masa, komisen dan caj perkhidmatan, bayaran cuti tahun, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am, elaun insentif, sara hidup dan sebagainya. Semua pembayaran sama ada mengikut jam, harian, mingguan, bulanan, hasil kerja adalah dianggap gaji. Kadar caruman bulanan bagi syer majikan dan syer pekerja adalah seperti ditunjukkan pada Jadual Caruman berdasarkan 34 kategori
J : Pembayaran Caruman PERKESO boleh dibuat melalui saluran-saluran berikut :
1. | Portal ASSIST PERKESO (Bayaran secara FPX) |
2. | Direct Debit Authorisation (DDA) |
3. | Pembayaran di kaunter Bank (Majikan perlu membawa cetakan ACR semasa hadir di kaunter) |
a. Panel Bank yang dilantik sebagai ejen pemungut i. Maybank ii. RHB Bank (Tunai sahaja) iii. Public Bank |
|
4. | Perbankan Internet |
J : Berikut disertakan langkah-langkah untuk menjana ACR/ECR dan cara pembayaran caruman PERKESO & SIP:
1. |
Klik My Sites |
2. |
Pilih PERKESO - Caruman/SIP - Caruman |
3. |
Klik Caruman Majikan |
4. |
Pilih Add Contribution (Portal)/Klik Kemasukan Data |
5. |
Pilih bulan caruman yang hendak dibayar dan klik ubah (imej tangan) untuk kemaskini |
Pilih bulan caruman yang hendak dibayar dan klik ubah untuk kemaskini bulan caruman *Sekiranya tiada bulan caruman tersebut, klik Tunggakan Caruman > Pilih bulan caruman & tahun |
|
6. |
Klik ikon pensel > Masukkan jumlah gaji pekerja. |
(Kadar caruman akan dikira secara automatik) |
|
7. |
Klik Simpan Draf |
8. |
Klik Lengkap |
9. |
Klik Hantar |
10. |
Klik Pengesahan |
11. |
Kaedah Pembayaran (PERKESO Kutipan/SIP Kutipan) |
a) Cetak ACR/ECR (Kaunter Bank- Maybank/ RHB Bank/Public Bank) |
|
b) Teruskan ke pembayaran (Online Banking melalui FPX) > Tandakan ACR/ECR berkenaan > Tambah ke dalam troli > Teruskan ke ringkasan > Teruskan > Masukkan maklumat bank > Proses FPX |
J : Mohon tuan/puan melengkapkan Borang Permohonan ID Portal dan emelkan borang tersebut ke idportalperkeso.gov.my bagi mendapatkan kata laluan sementara untuk log masuk Portal ASSIST.
Sila klik di sini untuk muat turun Borang pendaftaran portal ASSIST.
J : Bagi pendaftaran majikan baharu hendaklah mendaftar ID Portal dahulu sebelum pendaftaran majikan dibuat di PORTAL ASSIST. Sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:
1. |
Klik My Sites dan klik Pendaftaran |
2. |
Klik Pendaftaran |
3. |
Lengkapkan maklumat majikan |
4. |
Klik Simpan & Teruskan |
5. |
Klik Tambah Pekerja Baru |
6. |
Masukkan Nombor Kad Pengenalan Pekerja tersebut di bahagian “Search Existing Employee” dan tekan “Search”, secara automatik |
maklumat pekerja baharu tersebut akan wujud. |
|
*Sekiranya tiada rekod, klik pada Pendaftaran Pekerja Baru dan lengkapkan semua maklumat yang diperlukan. |
|
7. |
Klik Simpan |
8. |
Klik Simpan & Teruskan |
9. |
Klik Simpan & Teruskan |
10. |
Klik Tambah Dokumen |
11. |
Muat naik Borang 1, Borang 2, Borang SIP 1, Borang SIP 2, Salinan Kad Pengenalan Majikan, Salinan dokumen pendaftaran SSM |
12. |
Klik Tambah Dokumen |
13. |
Klik Simpan & Teruskan |
14. |
Isikan maklumat “Confirmation from Employer/ Employer’s Representative” |
15. |
Klik Hantar |
16. |
Klik Pengesahan |
J : Berikut merupakan langkah-langkah untuk mendaftar pekerja baharu:
1. |
Klik My Sites |
2. |
Klik Pendaftaran |
3. |
Klik Kemaskini |
4. |
Klik Kemaskini Tambah Pekerja Baru |
5. |
Klik ikon pensel untuk ubah/kemaskini |
6. |
Klik Tambah Pekerja |
*Masukkan Nombor Kad Pengenalan Pekerja tersebut di bahagian “Search Existing Employee” dan tekan “Search”, secara automatik maklumat pekerja baharu tersebut akan wujud. *Sekiranya tiada rekod, klik pada Pendaftaran Pekerja Baharu dan lengkapkan semua maklumat yang diperlukan |
|
7. |
Klik Simpan |
8. |
Klik Simpan dan Teruskan |
9. |
Klik Simpan dan Teruskan |
10. |
Klik tambah dokumen |
(Muat naik Borang 2 - Pendaftaran Pekerja & Salinan Kad Pengenalan Pekerja) |
|
11. |
Klik Simpan dan Teruskan |
12. |
Klik Hantar |
13. |
Klik Pengesahan |
J : Berikut merupakan langkah-langkah untuk mendaftar pekerja asing baharu:
1. |
Klik My Sites |
2. |
Klik Pendaftaran |
3. |
Klik Kemaskini |
4. |
Klik Kemaskini Tambah Pekerja Baru |
5. |
Klik ikon pensil untuk ubah/kemaskini |
6. |
Klik Tambah Pekerja Asing |
*Masukkan Nombor Keselamatan Sosial Pekerja Asing tersebut di bahagian “Search Existing Employee” dan tekan “Search”, secara automatik maklumat Pekerja Asing baharu tersebut akan wujud. * Sekiranya tiada rekod, klik pada Pendaftaran Pekerja Baharu |
|
7. |
Masukkan maklumat pekerja asing (Muat naik salinan passport dan permit kerja yang sah) |
8. |
Klik Simpan |
9. |
Klik Simpan dan teruskan |
10. |
Klik Simpan dan teruskan |
11. |
Klik tambah dokumen (Muat naik Borang Pendaftaran Pekerja Asing) |
12. |
Klik Simpan dan teruskan |
13. |
Klik Hantar |
14. |
Klik Pengesahan |
J : Berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat rayuan FCLB :
1. |
Klik My Sites |
2. |
Klik PERKESO - Caruman/SIP - Caruman |
3. |
Klik FCLB |
4. |
Klik Permintaan untuk rayuan |
5. |
Tandakan Notis ID FCLB |
6. |
Klik Pilih |
7. |
Klik Simpan dan teruskan |
8. |
Klik Tambah Dokumen (Surat Rasmi/Rayuan) |
9. |
Klik Simpan dan Teruskan |
10. |
Klik Hantar |
11. |
Klik Pengesahan |
J : Berikut merupakan langkah-langkah untuk muat turun Borang 8A:
1. |
Klik My Sites |
2. |
Klik Utama |
3. |
Klik Maklumat Caruman & Kutipan |
4. |
Pilih Maklumat Pembayaran Caruman |
5. |
Pilih Bulan Caruman & klik muat-turun Borang 8A di dalam ruangan Tindakan |
J : Berikut merupakan langkah-langkah untuk cetak resit bayaran:
1. |
Klik My Sites |
2. |
Klik Utama |
3. |
Klik Senarai Dokumen |
4. |
Pilih Senarai Dokumen yang Dijana |
5. |
Klik Modul |
6. |
Pilih PERKESO - Pembayaran |
7. |
Muat Turun Resit Bayaran |
J : Berikut merupakan langkah-langkah untuk kemaskini maklumat pekerja tempatan/ pekerja asing:
1. |
Klik My Sites |
2. |
Klik Pendaftaran |
3. |
Klik Kemaskini |
4. |
Klik Kemaskini Maklumat Pekerja (Majikan) |
5. |
Cari Senarai Pekerja Tempatan/Pekerja Asing |
6. |
Klik ikon pensil pada nama pekerja/pekera asing untuk kemaskini |
7. |
Kemaskini maklumat Pekerja Tempatan/Pekerja Asing |
8. |
Klik Simpan |
9. |
Klik Simpan & Teruskan |
10. |
Klik Simpan & Teruskan |
11. |
Klik Hantar |
12. |
Klik Pengesahan |
J : Berikut merupakan langkah-langkah untuk kemaskini tarikh berhenti kerja pekerja tempatan/pekerja asing :
1. |
Klik My Sites |
2. |
Klik Pendaftaran |
3. |
Klik Kemaskini |
4. |
Klik Kemasini tambah tarikh berhenti kerja Pekerja Tempatan/Pekerja Asing |
5. |
Klik ikon pensel untuk ubah/kemaskini |
* Klik Semua (sekiranya semua pekerja berhenti pada tarikh yang sama) * Klik Khusus (Pilih pekerja yang berhenti sahaja) |
|
6. |
Catat Tarikh Berhenti Kerja Pekerja (pilih tarikh melalui kalender) |
7. |
Cari pekerja tersebut (Masukkan Nombor KPPN/Nombor KSPA/Nama Pekerja) |
8. |
Klik Pilih |
9. |
Klik Simpan & Teruskan |
10. |
Klik Simpan & Teruskan |
11. |
Klik Hantar |
12. |
Klik Pengesahan |
J : Majikan hanya perlu membuat pembayaran caruman berdasarkan kepada jumlah gaji pekerja yang dibayar kepada pekerja untuk bulan itu.
J : Majikan adalah berliabiliti untuk membayar caruman bulanan dalam tempoh 15 hari dalam bulan yang berikutnya caruman itu kena dibayar dan adalah terpakai mulai pembayaran caruman untuk bulan Julai 2015. Contohnya caruman bulan Januari hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 15 Februari. FCLB dikenakan kerana lewat membayar caruman dan kadarnya ialah sebanyak 6 peratus setahun bagi setiap satu hari caruman lambat dibayar. Sekiranya, faedah dikira adalah kurang dari RM5, faedah sebanyak RM5 sebulan adalah dikenakan.
J :Pembayaran FCLB boleh dibuat melalui saluran-saluran berikut :
1. |
Portal ASSIST PERKESO ( Bayaran secara FPX ) |
2. |
Pembayaran di kaunter (Majikan perlu membawa cetakan Notis FCLB semasa hadir di kaunter) |
a. Pejabat PERKESO |
|
b. Panel Bank yang dilantik sebagai ejen pemungut i. RHB Bank ii. Public Bank (Mulai 1 Mac 2018) |
J : Majikan hendaklah melaporkan kepada PERKESO dengan mengisi Laporan Kemalangan (Borang 34) dan kemukakan bersama kad perakam waktu atau rekod kedatangan, sijil cuti sakit dan salinan kad pengenalan kepada Pejabat PERKESO berkenaan untuk kemalangan semasa di tempat kerja. Jikalau kemalangan berlaku semasa ke tempat kerja atau balik kerja, perlu disertakan laporan polis dan peta lakar yang menunjukkan arah perjalanan yang dilalui pekerja semasa kemalangan.
J : Seseorang pekerja yang ditimpa kemalangan berkaitan pekerjaan, perjalanan atau menghidap penyakit khidmat layak menerima rawatan perubatan percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital kerajaan.
J : Kadar elaun ialah 40% daripada kadar faedah hilang upaya langsung yang kekal tertakluk kepada bayaran maksimum sebanyak RM500 sebulan (Berkuatkuasa mulai Januari 2013, kadar elaun tersebut telah ditetapkan sebanyak RM500 sebulan). Bayaran dibuat terus kepada penerima faedah.
J : Nombor ahli PERKESO anda adalah nombor kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
J : Makluman pemberhentian majikan boleh dibuat melalui Portal ASSIST. Berikut adalah panduan ringkas untuk pengemaskinian maklumat tersebut :
1. |
Klik My Sites. |
2. |
Klik Pendaftaran |
3. |
Klik Kemaskini |
4. |
Klik Borang 1A-Pemberhentian sebagai Majikan (Pemberhentian Perniagaan) |
5. |
Klik imej pensil untuk ubah/kemaskini |
6. |
Pilih Tukar Status Majikan Kepada: |
a. Dorman |
|
7. |
Masukkan tarikh di bahagian Penutupan sementara / Tiada pekerja dari* |
8. |
Klik Simpan & Teruskan |
9. |
Muat naik dokumen sokongan (Surat penamatan perniagaan) |
10. |
Klik Simpan & Teruskan |
11. |
Klik Hantar |
12. |
Teruskan ke penghantaran |
13. |
Klik Pengesahan |
14. |
Nombor Request Case Update dijana (Sila simpan nombor tersebut untuk rujukan) |
15. |
Klik OK |
J : Majikan boleh mengemaskini maklumat majikan melalui Portal ASSIST. Berikut adalah panduan pengemaskinian maklumat tersebut :
1. |
Klik My Sites |
2. |
Klik Pendaftaran |
3. |
Klik Kemaskini |
4. |
Klik Kemaskini Maklumat Majikan |
5. |
Klik imej pensil untuk ubah/kemaskini |
6. |
Kemaskini maklumat Majikan (alamat / emel/tarikh induksi) |
7. |
Klik Simpan & Teruskan |
8. |
Muat naik dokumen sokongan |
9. |
Klik Simpan & Teruskan |
10. |
Klik Hantar |
11. |
Teruskan ke Penghantaran |
12. |
Klik Pengesahan |
13. |
Nombor Request Case Update dijana (Sila simpan nombor tersebut untuk rujukan) |
14. |
Klik OK |
Soalan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri [Akta 789]
J : Akta ini dinamakan sebagai Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).
J : Akta 789 diwujudkan untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada individu yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri di dalam sektor tidak formal. PERKESO telah menguatkuasakan Akta 789 mulai 1 Jun 2017 dan buat permulaan, caruman di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) hanya melibatkan sektor pengangkutan penumpang seperti pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas. Bagaimanapun mulai 1 Januari 2020, SKSPS diperluaskan kepada 19 sektor tidak formal lain menjadikan 20 sektor secara keseluruhannya.
J :
i) |
Pengangkutan Penumpang |
xi) |
Perkhidmatan Premis Penginapan |
||
ii) |
Pengangkutan dan Penghantaran Barangan atau Makanan |
xii) |
Perniagaan Dalam Talian (Online) |
||
iii) |
Pertanian |
xiii) |
Perkhidmatan Berkaitan Teknologi Maklumat |
||
iv) |
Penternakan dan Pengeluaran Ternakan |
xiv) |
Perkhidmatan Pengumpulan dan Pemprosesan Data |
||
v) |
Pengambilan Hasil Hutan |
xv) |
Perkhidmatan Ejen |
||
vi) |
Perikanan |
xvi) |
Perkhidmatan Profesional |
||
vii) |
Penyediaan dan Penjualan Makanan |
xvii) |
Khidmat Sokongan Persendirian |
||
viii) |
Aktiviti Pengilangan Produk |
xviii) |
Aktiviti Persembahan, Perfileman, Karya Seni dan Grafik |
||
ix) |
Kerja-kerja Pembinaan |
xix) |
Perkhidmatan Penjagaan, Perawatan dan Pemulihan Kesihatan |
||
x) |
Menjaja atau Berniaga |
xx) |
Perkhidmatan Isi Rumah |
J: Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap tanpa mengira had umur dan Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri untuk mancari nafkah.
J : - Salinan kad pengenalan
- Salinan lesen/kad pemandu/profil e-hailing/permit/sijil/perakuan pendaftaran perniagaan atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih.
J : Tiada halangan caruman bagi pihak OBS dibayar oleh orang lain asalkan dokumen yang diperlukan adalah lengkap.
J : Tidak boleh dipindah milik.
J : Ali tidak boleh menukar pelan caruman kepada RM232.80 setahun, sebaliknya beliau hendaklah melengkapkan caruman selama 12 bulan di bawah pelan caruman RM157.20 setahun. Selepas 12 bulan barulah beliau boleh menukar pelan caruman kepada RM232.80 setahun.
J : Pencarum akan mendapat perlindungan di bawah Skim Bencana Pekerjaan Sendiri jika sesuatu kemalangan berlaku terbit daripada dan semasa menjalankan aktviti pekerjaan sendiri termasuk penyakit pekerjaan.
J : - Faedah Perubatan
- Faedah Hilang Upaya Sementara
- Faedah Hilang Upaya Kekal
- Elaun Layanan Sentiasa
- Faedah Orang Tanggungan
- Faedah Pengurusan Mayat
- Kemudahan Pinjaman Pendidikan
- Kemudahan Pemulihan Jasmani, Vokasional dan Program Return To Work (RTW)
J : Tiada sebarang faedah boleh dibayar kerana perlindungan berasaskan kepada ‘pooling of resources and sharing of risks’.
J : Tidak boleh di bayar balik merujuk kepada seksyen 11(3) Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Akta 789)
J : Tiada perlindungan sekiranya tiada caruman.
J : Tuntutan faedah hendaklah menggunakan Borang PS2 yang boleh diperolehi dari laman web PERKESO. Borang PS2 hendaklah dikemukakan beserta dengan dokumen yang berkaitan seperti kad pengenalan, sijil cuti sakit asal, laporan polis dan sebagainya. Borang PS2 beserta dokumen berkaitan hendaklah dikemukakan kepada pejabat PERKESO berhampiran.
Soalan Lazim Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) [Akta 800]
J :Pekerja yang layak diliputi di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta SIP) adalah seperti berikut:
i) Semua pekerja yang bertaraf warganegara Malaysia dan pemastautin tetap.
ii) Berumur 18-60 tahun*
iii) Bekerja dengan sektor swasta**
iv) Berkhidmat berasaskan kontrak perkhidmatan (contract of service)
*Dengan satu pengecualian yang penting:
Pekerja berumur 57 tahun ke atas yang tidak pernah mencarum sebelum mencapai umur tersebut TIDAK diliputi Akta SIP dan TIDAK perlu mencarum.
** Pekerja badan berkanun, kuasa tempatan, perkhidmatan awam dan negeri, pekhidmat domestik dan bekerja sendiri TIDAK diliputi Akta SIP.
J : Semua permohonan tuntutan faedah SIP perlu memenuhi syarat-syarat berikut;
i. Membuat permohonan tuntutan faedah dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kehilangan pekerjaan (loss of employment).
ii. Memenuhi Syarat Kelayakan Caruman iaitu caruman pekerja telah dicarum mengikut jadual caruman SIP dan mempunyai bilangan bulan minimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.
.
J : Kategori kehilangan pekerjaan yang boleh dibuat tuntutan adalah seperti berikut :
i. Pembuangan kerja / pertindihan
ii. VSS/MSS (Skim pemisahan sukarela dengan persetujuan bersama)
iii. Penutupan tempat kerja kerana bencana alam
iv. Bankrap atau penutupan tempat kerja
v. Pembuangan kerja konstruktif
vi. Perletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja
vii. Perletakan jawatan apabila diarah melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan
J : Permohonan tuntutan faedah SIP boleh dibuat secara atas talian di Portal SIP ataupun hadir sendiri di mana-mana kaunter pejabat PERKESO yang berhampiran dengan anda.
J : Setiap permohonan tuntutan faedah SIP perlulah mengemukakan dokumen penting iaitu menyertakan;
i. Salinan KPPN
ii. Bukti kehilangan pekerjaan, contohnya surat penamatan kerja
iii. Salinan maklumat akaun bank
iv. Slip gaji untuk 6 bulan sebelum tarikh kehilangan pekerjaan
Selain itu, pemohon juga perlulah mengemukakan dokumen sokongan tambahan bagi tujuan melengkapkan tuntutan – tuntutan faedah yang diminta mengikut jenis tuntutan yang layak diterima . Dokumen sokongan yang disertakan bagi semua jenis faedah adalah seperti jadual di bawah:
FAEDAH |
DOKUMEN |
Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) |
|
Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB) |
|
Fi Latihan (FL) |
|
Elaun Latihan (EL) |
|
Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) |
|
J : Dokumen asal perlulah diimbas dan dimuatnaik ke Portal SIP dengan menggunakan pautan yang telah disediakan dalam borang permohonan secara atas talian.
J : Semakan kes yang telah didaftarkan melalui Portal online boleh dibuat dengan menggunakan kes ID pengguna dan kata laluan dengan cara log masuk ke Portal SIP.
J : Sebarang kes permohonan SIP yang telah ditolak boleh membuat rayuan kepada Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS) dengan mengemukakan borang permohonan ke alamat berikut:
Urus Setia, Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial, Tkt 11, Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, 50538 Kuala Lumpur.
J : Anda layak untuk membuat permohonan kali kedua sekiranya anda memenuhi syarat-syarat kelayakan caruman yang ditetapkan.
J : PERKESO menyediakan Faedah Elaun Mencari Pekerjaan yang dibayar berdasarkan purata gaji bulanan anggapan iaitu 80% pada bulan pertama, 50% pada bulan kedua, 40 % pada bulan ketiga dan 30% pada bulan kelima dan keenam.
Soalan Lazim Perlindungan PERKESO untuk Pekerja Asing
J : SBKP berkuatkuasa untuk dilaksanakan pada 1 Januari 2019. Bagi pekerja asing yang sedia ada dalam Malaysia dan masih dilindungi di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA) yang sah, mereka hendaklah didaftarkan dengan PERKESO oleh majikan sehari selepas tamat tempoh matang SPPA, tertakluk kepada tarikh akhir SPPA pada 31 Disember 2019 (cooling period). Mulai 1 Januari 2020, semua majikan hendaklah berdaftar dengan PERKESO walaupun pekerja asing tersebut masih diliputi di bawah SPPA. Pekerja asing yang baru masuk untuk bekerja di Malaysia pada atau selepas 1 Januari 2019 hendaklah berdaftar dengan PERKESO sebaik mereka mendapat pengesahan Jabatan Imigresen Malaysia di mana-mana tempat kemasukan (port of entry) yang diwartakan.
J : Akta yang terpakai bagi skim ini adalah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 (Akta 4).
J : Semua pekerja asing di dalam Malaysia yang mempunyai permit kerja yang sah atau seumpamanya yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia termasuk bagi Pegawai Dagang (ekspatriat) dan Pekerja Domestik Asing.
J : Pekerja asing tersebut mestilah mempunyai permit kerja yang sah, pasport dan Pas Khas bagi pekerja asing baharu dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) atau pas kerja yang sah bagi pekerja asing sedia ada yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
J : Majikan hendaklah membuat pendaftaran pekerja asing secara dalam talian melalui Portal ASSIST atau melengkapkan Borang Pendafataran Pekerja Asing dan mengemukakannya ke pejabat PERKESO yang berhampiran mulai 1 Januari 2019. Majikan hendaklah mengemukakan dokumen sokongan berikut:
J : PERKESO akan menjana No. Keselamatan Sosial Pekerja Asing (KSPA12 digit) bagi setiap pekerja asing yang didaftarkan. Semua urusan pekerja asing dengan PERKESO hendaklah menggunakan No. KSPA - 12 digit yang telah dibekalkan kepada pekerja asing tersebut walaupun terdapat perubahan pada butir-butir pasport atau permit kerja yang sah atau seumpamanya di masa hadapan.
J : Borang Pendaftaran Pekerja Asing seperti di Lampiran A dalam Pekeliling Majikan Bil.3 Tahun 2018 dan boleh dimuat turun dengan melayari laman web PERKESO www.perkeso.gov.my
J : Kadar Caruman ditetapkan pada kadar 1.25% daripada gaji bulanan pekerja asing dan dibayar setiap bulan oleh majikan sahaja dengan merujuk kepada Jadual Caruman Kategori Kedua bagi perlindungan Skim Bencana Kerja sahaja.
J : Potongan bayaran caruman pekerja asing dibayar secara bulanan iaitu hanya dicarumkan dengan syer majikan sahaja
J : Caruman hendaklah dibayar tidak lewat daripada 15 haribulan bagi caruman bulan sebelumnya. Contohnya, caruman bulan Jaunari 2019 hendaklah dibayar tidak lewat daripada 15 Februari 2019.
J : Caruman pekerja adalah berdasarkan kepada gaji pekerja iaitu termasuk upah, kerja lebih masa, komisen, caj perkhidmatan, bayaran cuti tahun, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am, elaun insentif, sara hidup dan sebagainya. Semua pembayaran sama ada mengikut jam, harian, mingguan, bulanan, hasil kerja adalah dianggap gaji.
J : Faedah-faedah di bawah SBKP adalah seperti berikut:
Faedah yang dikecualikan ialah Faedah Pinjaman Pendidikan, Pemulihan Vakasional, Dialisis dan Program Return To Work. Namun, Faedah Pengurusan Mayat bagi pekerja asing yang meninggal dunia di Malaysia dan dibawa pulang ke negara asal untuk dikebumikan layak menerima sebanyak RM6,500. Pekerja asing yang meninggal dunia dan dikebumikan di Malaysia, waris yang layak akan menerima sebanyak RM 2,000 atau sekiranya bukan waris mengikut resit pengebumian, yang mana terendah.
J : Semua tuntutan faedah pekerja asing hendaklah melengkapkan Borang Notis Tuntutan Faedah Pekerja Asing seperti di Lampiran C dalam Pekeliling Majikan Bil. 3 Tahun 2018 berserta dokumen sokongan. Maklumat ini boleh diperolehi dengan dengan melayari laman web PERKESO www.perkeso.gov.my .
J : Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Khidmat Pelangan PERKESO 1-300-22-8000 atau layari laman web PERKESO www.perkeso.gov.my atau hadir ke mana-mana pejabat PERKESO yang berdekatan di seluruh negara.
Menara PERKESO, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
1-300-22-8000
Copyright 2023 © Social Security Organisation | All rights reserved