JEMAAH RAYUAN KESELAMATAN SOSIAL

  • Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial berperanan memutuskan pertikaian dan tuntutan oleh Pertubuhan, majikan, pekerja dan orang tanggungannya berkaitan dengan perkara-perkara yang dinyatakan di bawah Seksyen 84 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Seksyen 59 Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017.

  • Pemohon boleh diwakili oleh pengamal undang-undang, pegawai kesatuan sekerja berdaftar atau mana-mana orang yang diberi kuasa dengan bertulis oleh pemohon atau dengan kebenaran Jemaah, oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh tiga tahun dari tarikh alasan tindakan terbit.

  • Sebanyak sebelas (11) Jemaah ditubuhkan di mana sembilan (9) di Semenanjung Malaysia, dan setiap satu di Sabah dan Sarawak. Keanggotaan ahli-ahli Jemaah adalah dilantik oleh Menteri Sumber Manusia.

  • Semua permohonan rayuan kepada Jemaah hendaklah dikemukakan ke Urus Setia di alamat berikut:-
    Urusetia
    Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial
    Tingkat 18, Menara PERKESO
    281, Jalan Ampang
    50538 Kuala Lumpur.

    Tel : 03-4264 5050 / 5134 / 5086 / 5036 / 5081
    Faks : 03-4256 3760

Bil. Nama Pegawai Jawatan No. Tel E-mel
1 Yuzain B Md Razak @ Mohd Yusof Ketua Cawangan Pendakwaan 03 - 4264 5050 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2 Roslan bin Said Pegawai Eksekutif 03 - 4264 5134 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
3 Misliah Binti Misman Pegawai Eksekutif 03 - 4264 5036 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Menara PERKESO, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

1-300-22-8000

Copyright 2023 © Social Security Organisation | All rights reserved