
PERKESO Prihatin
PERKESO Prihatin merupakan sebuah strategi penjenamaan baharu yang diilhamkan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Bin Dato’ Aziz Mohammed selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO. Melalui strategi penjenamaan ini, sebuah inisiatif yang proaktif telah diwujudkan dengan penubuhan Skuad PERKESO Prihatin;
Skuad PERKESO Prihatin ditubuhkan pada tahun 2016 sebagai sebuah wadah aspirasi yang prihatin bagi melaksanakan sebuah langkah proaktif bagi mengesan, menjejak dan melaksanakan pemprosesan faedah segera melalui pelbagai saluran seperti media cetak, elektronik dan sosial.