Piagam Pelanggan

Akta 4 : Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969

1 HARI TEMPOH PENDAFTARAN MAJIKAN DAN PEKERJA BARU

Mendaftar majikan dan pekerja baru serta memberi nombor kod majikan PERKESO dalam tempoh 1 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.

5 HARI TEMPOH BAYARAN FAEDAH HILANG UPAYA SEMENTARA

Membayar Faedah Hilang Upaya Sementara kepada pekerja yang terbencana dalam tempoh 5 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.

7 HARI TEMPOH BAYARAN FAEDAH HILANG UPAYA KEKAL

Membayar Faedah Hilang Upaya Kekal kepada pekerja yang terbencana dalam tempoh 7 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.

7 HARI TEMPOH BAYARAN FAEDAH ORANG TANGGUNGAN

Membayar Faedah Orang Tanggungan kepada orang tanggungan dalam tempoh 7 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.

7 HARI TEMPOH BAYARAN FAEDAH PENCEN ILAT

Membayar Faedah Pencen Ilat kepada pekerja yang layak dalam tempoh 7 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.

7 HARI TEMPOH BAYARAN FAEDAH PENCEN PENAKAT

Membayar Faedah Pencen Penakat kepada orang tanggungan dalam tempoh 7 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.

3 HARI TEMPOH BAYARAN FAEDAH PENGURUSAN MAYAT

Membayar Faedah Pengurusan Mayat kepada waris pekerja yang layak dalam tempoh 3 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.

3 HARI TEMPOH PENERIMAAN ADUAN

Mengeluarkan surat akuan penerimaan aduan kepada pengadu dalam tempoh 3 hari dari tarikh aduan diterima.

Akta 789: Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017

1 HARI TEMPOH PENDAFTARAN ORANG BERINSURANS

Membuat pendaftaran Orang Berinsurans Bekerja Sendiri yang layak serta memberi nombor kod pendaftaran dalam tempoh 1 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.

5 HARI TEMPOH BAYARAN FAEDAH HILANG UPAYA SEMENTARA

Memproses dan membayar Faedah Hilang Upaya Sementara kepada Orang Berinsurans Bekerja Sendiri yang terbencana dalam tempoh 5 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.

7 HARI TEMPOH BAYARAN FAEDAH HILANG UPAYA KEKAL

Memproses dan membayar Faedah Hilang Upaya Kekal kepada Orang Berinsurans Bekerja Sendiri yang terbencana dalam tempoh 7 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.

7 HARI TEMPOH BAYARAN FAEDAH ORANG TANGGUNGAN

Memproses dan membayar Faedah Orang Tanggungan kepada orang tanggungan kepada Orang Berinsurans Bekerja Sendiri dalam tempoh 7 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.

3 HARI TEMPOH BAYARAN FAEDAH PENGURUSAN MAYAT

Memproses dan membayar Faedah Pengurusan Mayat kepada waris Orang Berinsurans Bekerja Sendiri yang layak dalam tempoh 3 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.

Akta 800: Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017

14 HARI TEMPOH BAYARAN ELAUN MENCARI PEKERJAAN

Memproses dan membayar Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) kepada pemohon yang layak di bawah Skim Insurans Pekerjaan (SIP) dalam tempoh 14 hari selepas semua dokumen diperlukan lengkap diterima.

14 HARI TEMPOH BAYARAN ELAUN PENDAPATAN BERKURANGAN

Memproses dan membayar Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB) kepada pemohon yang layak di bawah Skim Insurans Pekerjaan (SIP) dalam tempoh 14 hari selepas semua dokumen diperlukan lengkap diterima.

14 HARI TEMPOH BAYARAN ELAUN LATIHAN

Memproses dan membayar Elaun Latihan (EL) kepada pemohon yang layak di bawah Skim Insurans Pekerjaan (SIP) dalam tempoh 14 hari selepas semua dokumen diperlukan lengkap diterima.

14 HARI TEMPOH BAYARAN ELAUN BEKERJA SEMULA AWAL

Memproses dan membayar Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) kepada pemohon yang layak di bawah Skim Insurans Pekerjaan (SIP) dalam tempoh 14 hari selepas semua dokumen diperlukan lengkap diterima.

14 HARI TEMPOH BAYARAN YURAN LATIHAN

Memproses Yuran Latihan (YL) kepada pemohon yang layak di bawah Skim Insurans Pekerjaan (SIP) dalam tempoh 14 hari selepas semua dokumen diperlukan lengkap diterima.

Akta 838: Akta Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022

1 HARI MEMBUAT PENDAFTARAN ORANG BERINSURANS SURI RUMAH

Membuat pendaftaran Orang Berinsurans Suri Rumah yang layak serta memberi nombor kod pendaftaran dalam tempoh 1 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.

9 HARI MEMPROSES DAN MEMBAYAR FAEDAH PENGURUSAN MAYAT

Memproses dan membayar Faedah Pengurusan Mayat kepada waris Orang Berinsurans Suri Rumah yang layak dalam tempoh 9 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang lengkap diterima

9 HARI MEMPROSES DAN MEMBAYAR FAEDAH HILANG UPAYA KEKAL

Memproses dan membayar Faedah Hilang Upaya Kekal kepada Orang Berinsurans Suri Rumah yang terbencana dalam tempoh 9 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang lengkap diterima.

9 HARI MEMBAYAR FAEDAH ELAUN KEUZURAN

Membayar Faedah Elaun Keuzuran kepada Orang Berinsurans Suri Rumah yang layak dalam tempoh 9 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.

9 HARI MEMBAYAR FAEDAH PENCEN PENAKAT

Membayar Faedah Pencen Penakat kepada orang tanggungan dalam tempoh 9 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.

Pencapaian Piagam Pelanggan

Menara PERKESO, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

1-300-22-8000

Copyright 2023 © Social Security Organisation | All rights reserved