Pemeriksaan
Tujuan utama pemeriksaan diadakan adalah untuk memastikan pematuhan majikan terhadap Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Di bawah peruntukkan Seksyen 12, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, pegawai pemeriksa yang dilantik hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Aktiviti pemeriksaan ini dijalankan ke atas majikan dan ia dilaksanakan di seluruh Malaysia.
Objektif
- Memastikan majikan mematuhi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 & Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971.
- Memastikan semua rekod berkaitan disenggara dengan baik
- Mengemaskini maklumat-maklumat majikan.
- Mengutip tunggakan caruman dan kekurangan caruman.
- Mengutip Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB).
- Menyiasat aduan yang diterima.
- Memberi penerangan kepada majikan.
- Membantu majikan yang menghadapi masalah berkaitan caruman atau faedah.