Caruman
Contribution Calculator
PERKESO has introduced a Contribution Calculator feature to help employers and employees calculate contribution rates for Act 4 and Act 800.
PERKESO has introduced a Contribution Calculator feature to help employers and employees calculate contribution rates for Act 4 and Act 800.
PERKESO telah memperkenalkan fungsi Kalkulator Caruman untuk memudahkan majikan dan pekerja mengira kadar caruman bagi Akta 4 dan Akta 800.
Bermula 1 Oktober 2024, PERKESO telah menguat kuasakan had siling gaji baharu bagi maksud caruman daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan. Amaun caruman yang terpakai bagi pekerja yang bergaji melebihi RM5,000 sebulan adalah seperti mana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga, Akta 4 dan Jadual Kedua, Akta 800. Bagi pekerja yang bergaji melebihi RM6,000 sebulan, amaun caruman adalah mengikut had siling RM6,000. Oleh itu, bayaran caruman bagi bulan Oktober 2024 dan seterusnya hendaklah dibuat oleh majikan mengikut pindaan had siling gaji baharu.
Kadar caruman Pekerja Asing adalah berdasarkan Jadual Ketiga (Akta 4), manakala kadar caruman Pekerja Domestik berdasarkan kelayakan seperti di bahagian Pekerja Domestik.
Bil. | Pendapatan Bulanan | Bayaran Caruman Bulanan | Bayaran Caruman Setahun |
---|---|---|---|
1 | RM1,050 | RM13.10 | RM157.20 |
2 | RM1,550 | RM19.40 | RM232.80 |
3 | RM2,950 | RM36.90 | RM442.80 |
4 | RM3,950 | RM49.40 | RM592.80 |
Caruman RM120 bagi tempoh 12 bulan berturut-turut yang perlu dibayar terlebih dahulu.
Semua pekerja yang bertaraf warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang layak adalah wajib didaftarkan. Semua pekerja yang diambil bekerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan di sektor swasta, serta bertaraf kontrak / sementara bagi kakitangan Kerajaan Persekutuan / Negeri serta Badan Berkanun Persekutuan / Negeri hendaklah didaftar dan dicarumkan dengan PERKESO. Kadar caruman maksimum adalah berdasarkan had siling gaji yang diinsuranskan sebanyak RM6,000.00 sebulan berkuatkuasa 1 Oktober 2024.
Walau bagaimanapun, bagi suami atau isteri yang merupakan majikan utama, pindaan telah dilaksanakan untuk tidak mengecualikan pasangan dalam liputan AKSP 1969 ini bermula pada 1 Julai 2018 berdasarkan kepada Perintah Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan Jadual Pertama) 2018 dalam Warta Kerajaan Persekutuan (P.U. (A) 144/2018). Ini bermakna, pasangan kepada pemilik syarikat boleh didaftarkan sebagai pekerja.
Penjawat awam Persekutuan dan Negeri bertaraf tetap
Bekerja sendiri (kecuali pemandu teksi yang bekerja sendiri, individu yang menjalankan perkhidmatan seumpamanya termasuk e-hailing seperti Grab dan juga pemandu bas yang bekerja sendiri)
Pemilik tunggal atau perkongsian suatu perusahaan
Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 telah diperkenalkan dan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2018. Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja. (Dikecualikan kepada penjawat awam dan yang bekerja sendiri). Pekerja adalah orang yang diambil bekerja oleh majikan di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan. Kontrak perkhidmatan atau perantisan itu sama ada dalam bentuk bertulis atau secara lisan, nyata atau tersirat.
Semua pekerja yang berumur dari 18 tahun hingga 60 tahun perlu dicarumkan kecuali bagi pekerja yang berumur 57 tahun dan ke atas dan tiada caruman telah kena dibayar sebelum mencapai 57 tahun. Takrif liputan caruman adalah tertakluk kepada had siling gaji yang diinsurankan (GYD) RM6,000.00.
Secara keseluruhan, pekerja hanya mencarum sebanyak 0.5% bagi Skim Bencana Kerja dan Skim Keilatan, dan 0.2% bagi Insurans Pekerjaan berdasarkan pendapatan bulanan dan kelayakan pekerja.
Anda boleh ke laman caruman untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan caruman pekerja bagi Akta Keselamatan Sosial Pekerja dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan.
Pendaftaran pekerja formal hendaklah dilakukan oleh majikan manakala pekerja bertanggungjawab untuk memastikan diri anda didaftar dan caruman dibayar sepenuhnya oleh kedua-dua pihak. Sila ke laman pendaftaran majikan untuk mengetahui lebih lanjut.
Pekerja formal dilindungi di bawah Skim Bencana Kerja, Skim Keilatan dan Sistem Insurans Pekerjaan. Sila ke laman berikut untuk mengetahui skim-skim tersebut dengan lebih lanjut: