Tuntutan Faedah Covid-19
Seiring dengan Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ bermula 1 April 2022, semua tuntutan faedah berkaitan kes COVID-19 akan diproses sebagai Penyakit Khidmat.
Penyakit Khidmat merujuk kepada penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan sebagaimana yang disenaraikan dalam Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).
Permohonan terhad kepada pekerjaan yang terdedah kepada agen biologi dan adanya jangkitan dalam kalangan pekerja jagaan kesihatan sahaja.
OB yang layak akan menerima faedah-faedah di bawah Skim Bencana Pekerjaan atau Skim Keilatan.
Tuntutan faedah bagi kes COVID-19 diproses sebagai Penyakit Khidmat kerana COVID-19 tersenarai sebagai penyakit yang dinyatakan dalam Jadual Kelima, Akta 4. Ia boleh dipertimbangkan sebagai Penyakit Khidmat jika memenuhi syarat yang ditetapkan di bawah Seksyen 28, Jadual Kelima, Bahagian VII Agen Biologi Bil. 10.
Individu yang terdiri dalam kalangan pekerja jagaan kesihatan seperti di:
Antara penyakit berjangkit lain yang turut diletakkan di bawah kategori Penyakit Khidmat adalah seperti virus Nipah, Tuberkulosis (batuk kering) dan Leptospirosis (penyakit kencing tikus)
Pelaksanaan proses tuntutan faedah berkaitan kes COVID-19 sebagai Penyakit Khidmat dilihat tepat pada masanya tatkala aktiviti ekonomi di seluruh negara mula menunjukkan perkembangan positif. Ia juga berselari dengan ‘exit strategy’ yang digagaskan oleh Kerajaan agar negara kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas lebih dua tahun berperang dengan COVID-19.
Tarikh kuatkuasa tuntutan faedah berkaitan kes COVID-19 sebagai Penyakit Khidmat bermula pada 1 April 2022, seiring dengan anjakan negara memasuki Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’. Semua tuntutan faedah berkaitan kes COVID-19 bagi tarikh OB disahkan positif pada 1 April 2022 dan selepas tarikh tersebut akan diproses sebagai Penyakit Khidmat.
Ya, Orang Berinsurans (OB) yang disahkan positif COVID-19 sebelum 1 April 2022, PERKESO masih akan memproses tuntutan tersebut sebagai Bencana Kerja.
Menara PERKESO, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
1-300-22-8000
Copyright 2023 © Social Security Organisation | All rights reserved