Accessibility Tools

Skip to main content

Pusat Rehabilitasi PERKESO
Sultan Nazrin Shah

Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah secara rasmi dimasyhurkan sebagai pusat rehabilitasi neuro-robotik dan sibernik terbesar di Asia Tenggara, dilengkapi teknologi bertaraf dunia bagi membantu lebih ramai individu pulih dan kembali bekerja.

Menggabungkan teknologi neuro-robotik, perubatan komplementari dan rawatan komprehensif, Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah menawarkan harapan baharu kepada pesakit untuk kembali berdikari dan menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.

Lebih daripada sebuah pusat rawatan, fasiliti ini menjadi simbol komitmen PERKESO dalam menyediakan perkhidmatan rehabilitasi bertaraf dunia demi kesejahteraan rakyat.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al-Maghfur-Lah telah mencemar duli bagi merasmikan Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah pada 16 Jun 2026.

Dalam temasya majlis pelancaran itu, baginda telah bertitah:

“Pusat ini harus dilihat sebagai satu simbol bahawa negara menghargai setiap nyawa, setiap pekerja dan setiap keluarga. Simbol bahawa musibah bukan noktah terakhir kepada kehidupan, simbol bahawa dengan sistem yang betul, masyarakat yang peduli dan peluang yang disediakan, seseorang insan tidak perlu hidup atas ihsan bantuan orang lain, tetapi boleh kembali membina masa hadapan yang bermaruah.”