Accessibility Tools

Skip to main content

Permohonan Faedah

Langkah-langkah Membuat Permohonan Faedah.

Buat masa ini sebarang permohonan faedah hendaklah dikemukakan kepada pejabat PERKESO yang berdekatan untuk semakan dan juga pengesahan pegawai kami. Namun, PERKESO akan terus menambahbaik pengalaman pelanggan untuk memudahkan anda berurusan dengan kami. Berikut adalah proses permohonan faedah secara am.

Langkah 1

Muat turun borang-borang yang ditetapkan mengikut jenis faedah yang ingin dimohon (Rujuk di bawah). 

Atau

Layari  Portal Permohonan Faedah untuk membuat notis-notis berikut:

  • Notis Kemalangan
  • Notis Penyakit Khidmat
  • Notis Kematian

Portal Permohonan Faedah

Langkah 2

Lengkapkan semua bahagian yang perlu dilengkapkan oleh pemohon dan sediakan dokumen sokongan yang disenaraikan dalam panduan. Bagi Borang 34, sila rujuk kepada panduan pengisian di pautan berikut.

Borang 34

Panduan Borang 34

Langkah 3

Kemukakan borang-borang serta dokumen sokongan di kaunter pejabat PERKESO yang berdekatan.

Berikut adalah borang-borang yang telah disusun mengikut jenis faedah. Muat turun semua borang-borang tersebut mengikut jenis faedah yang ingin dimohon.