Skim Keilatan

Seseorang berinsurans dianggap sebagai menghidap keilatan apabila mengalami suatu keuzuran yang berkekalan samada tidak boleh diubati atau tidak mungkin sembuh serta tidak berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaganya, sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan pekerja yang normal. Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja dari keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.

Faedah Skim Keilatan

  • Pencen Ilat

     Pencen Ilat ini :

    • Dibayar kepada pekerja yang layak dan disahkan menghidap keilatan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan
    • Dibayar bermula dari tarikh Notis Keilatannya diterima atau tarikh berhenti kerja jika pekerja berhenti kerja selepas Notis Keilatan diterima oleh Pertubuhan
    • Dibayar selama pekerja mengalami keilatan atau hingga meninggal dunia
    • Digantikan dengan Pencen Penakat sekiranya pekerja itu meninggal dunia semasa menerima Pencen llat tanpa mengira umurnya

      Syarat Kelayakan
    • Belum mencapai umur 60 tahun pada masa Notis Keilatan diterima; 
      atau
    • Sekiranya pekerja telah mencapai umur 60 tahun (berkuatkuasa 1 Januari 2013) pada masa Notis Keilatan diterima, beliau perlu menunjukkan keterangan bahawa:
      - Menghidap suatu keadaan uzur yang berkekalan
      - Tidak berupaya mengambil bahagian dalam kegiatan yang mendatangkan keuntungan
      - Keuzuran terjadi sebelum umur 60 tahun dan tidak lagi bekerja yang menguntungkan sejak itu
    • Disahkan menghidap keilatan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan
    • Memenuhi syarat kelayakan caruman yang telah ditetapkan sama ada tempoh kelayakan penuh atau dikurangkan

      Tempoh Kelayakan Penuh
      Orang Berinsurans disifatkan memenuhi tempoh kelayakan penuh jika:
    • Caruman bulanannya telah dibayar sekurang-kurangnya 24 bulan dalam tempoh 40 bulan berturut-turut sebelum bulan Notis Keilatan diterima oleh PERKESO; atau
    • Caruman bulanannya telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 bulan-bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh mula memasuki Skim Keilatan dengan tarikh Notis Keilatan diterima oleh PERKESO (jumlah bilangan caruman bulanan yang telah dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan)

      Kadar Pencen Ilat
      Kadar Pencen Ilat yang layak diterima bagi tempoh kelayakan penuh adalah dari 50% hingga 65% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM550 sebulan.

      Orang Berinsurans layak menerima pencen dengan kadar permulaan 50% daripada gaji bulanan purata anggapan dan tambahan 1% bagi setiap 12 bilangan caruman selebihnya. Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada kadar pencen maksimum 65%.

      Contoh Pengiraan Tempoh Kelayakan Penuh:
      i. Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 24 bulan dalam tempoh 40 bulan
        
         Tarikh masuk skim                                                                                                                          >  01/03/2012
         Tarikh Notis Keilatan diterima                                                                                                      >  01/07/2015
         Tempoh 40 bulan kebelakang berturut-turut sebelum bulan Notis diterima               > 03/2012–06/2015

             rekod caruman pekerja

    • Berdasarkan contoh di atas, pekerja layak menerima pencen dengan kadar 50% daripada gaji bulanan purata anggapan.

      ii. Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 daripada bulan genap dalam tempoh caruman mula kena dibayar
          Tarikh masuk skim                                                                                > 01/07/1999
          Notis Keilatan diterima                                                                        > 01/01/2015
          Tempoh bulan caruman Julai 1999 hingga Disember 2014      > 186 bulan
           2/3 caruman bulanan telah dibayar                                                > 2/3 x 186 bulan = 124 caruman

      rekod caruman pekerja2
    • Berdasarkan contoh di atas, pekerja yang layak menerima pencen dengan kadar 59% daripada gaji bulanan purata anggapan seperti pengiraan berikut:
      kiraan
      Tempoh Kelayakan Yang Dikurangkan
      Bagi tempoh kelayakan yang dikurangkan, kadar Pencen llat adalah 50% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM550 sebulan.

      Orang Berinsurans disifatkan memenuhi tempoh kelayakan yang dikurangkan jika:
      -  Caruman bulanan Orang Berinsurans telah dibayar tidak kurang daripada 1/3 daripada bilangan bulan genap dalam tempoh antara tarikh caruman mula kena dibayar dengan tarikh Notis Keilatan diterima oleh Pertubuhan
      - Jumlah bilangan caruman bulanan yang telah dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan

      Contoh Pengiraan Tempoh Kelayakan Dikurangkan:
      i. Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 1/3 daripada
      bulan genap dalam tempoh caruman mula kena dibayar
      Tarikh masuk skim                             > 01/07/1999
      Notis Keilatan diterima                     > 01/01/2015
      Tempoh bulan caruman
      Julai 1999 hingga Disember 2014   > 186 bulan
      1/3 bilangan caruman dibayar         > 1/3 x 186 bulan = 62 caruman

      rekod caruman pekerja3

            Berdasarkan contoh di atas, pekerja layak menerima pencen dengan kadar 50% daripada gaji bulanan

  • Bantuan Ilat

    Bantuan Ilat dibayar kepada Orang Berinsurans yang disahkan menghidap keilatan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan tetapi tidak layak menerima Pencen Ilat kerana tidak memenuhi tempoh kelayakan caruman.

    Amaun bantuan ilat ini adalah sama banyaknya dengan jumlah caruman yang telah dibayar oleh pekerja dan majikan untuk Skim Keilatan termasuk faedahnya. Ianya adalah merupakan bayaran pukal sekali sahaja.

  • Elaun Layanan Sentiasa

    Orang Berinsurans yang disahkan menghidap keilatan dan tidak berdaya dengan teruknya hingga sentiasa memerlukan layanan seseorang lain, layak menerima elaun ini dengan pengesyoran Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan.

    Elaun ini ditetapkan sebanyak RM500 sebulan.

  • Pencen Penakat

    Pencen Penakat dibayar kepada orang tanggungan yang layak apabila Orang Berinsurans meninggal dunia akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.

    Syarat Kelayakan

    • Orang Berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai umur 60 tahun (berkuatkuasa 1 Januari 2013) dan memenuhi syarat kelayakan caruman (tempoh kelayakan penuh atau dikurangkan)
    • Orang Berinsurans meninggal dunia semasa sedang menerima Pencen llat tanpa mengambil kira umurnya

    Tempoh Kelayakan Penuh

    Orang Berinsurans disifatkan memenuhi tempoh kelayakan penuh jika:

    • Caruman bulanannya telah dibayar sekurang-kurangnya 24 bulan dalam tempoh 40 bulan berturut-turut sebelum bulan notis kematiannya; atau
    • Caruman bulanannya telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 bulan-bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh mula caruman kena dibayar di bawah Akta dengan tarikh kematiannya, dengan syarat jumlah bilangan caruman bulanan yang dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan

    Kadar Pencen Penakat

    Kadar Pencen Penakat yang layak diterima bagi tempoh kelayakan penuh adalah dari 50% hingga 65% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM475 sebulan.

    Orang tanggungan layak menerima pencen dengan kadar 50% daripada gaji bulanan purata anggapan, ditambah dengan 1% bagi tiap-tiap 12 caruman bulanan yang dibayar melebihi 24 bulan tertakluk kepada kadar pencen bulanan tidak melebihi 65%.

    Nota : Jika seseorang yang meninggal dunia itu adalah penerima Pencen llat, kadar Pencen Penakat adalah sama banyak dengan Pencen llat yang diterimanya.

    1. Contoh Pengiraan:
      Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 24 bulan dalam 40 bulan
      Tarikh masuk skim                                                                                                                 > 01/09/2011
      Tarikh kematian                                                                                                                      > 01/01/2015
      Tempoh 40 bulan kebelakang berturut-turut sebelum bulan Notis diterima     > 09/2011-12/2014
      rekod caruman pekerja1penakat

    2. Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 daripada bulan genap dalam tempoh caruman mula kena dibayar
      Tarikh masuk skim                                                                              > 01/07/1999
      Tarikh kematian                                                                                   > 01/01/2015
      Tempoh bulan caruman Julai 1999 hingga Disember 2014     > 186 bulan
      2/3 caruman bulanan telah dibayar                                                > 2/3 x 186 bulan = 124 caruman
      rekod caruman pekerja2penakat

      Berdasarkan jadual di atas, orang tanggungan layak menerima pencen dengan kadar 59% daripada gaji bulanan purata anggapan seperti pengiraan berikut:

      kiraan penakat

    Tempoh Kelayakan Yang Dikurangkan

    Bagi tempoh kelayakan yang dikurangkan, kadar Pencen Penakat adalah 50% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM475 sebulan.

    Orang Berinsurans disifatkan memenuhi tempoh kelayakan yang dikurangkan jika:

    • Caruman bulanan Orang Berinsurans telah dibayar tidak kurang daripada 1/3 daripada bilangan bulan genap dalam tempoh antara tarikh caruman mula kena dibayar dengan tarikh kematian.
    • Jumlah bilangan caruman bulanan yang telah dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan.

     Contoh Pengiraan :

    1. Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 1/3 daripada bulan genap dalam tempoh caruman mula kena dibayar
      Tarikh masuk skim                                > 01/07/1999
      Tarikh kematian                                     > 01/01/2015
      Tempoh bulan caruman
      Julai 1999 hingga Disember 2014      > 186 bulan
      1/3 bilangan caruman dibayar            > 1/3 x 186 bulan = 62 caruman
      rekod caruman pekerja3penakat

      Berdasarkan contoh di atas, orang tanggungan layak menerima pencen dengan kadar 50% daripada gaji bulanan purata anggapan.

      Orang Tanggungan dan Kadar Harian

      Kadar harian faedah Pencen Penakat adalah mengikut keutamaan berikut:
      kadar harian pencen penakat

      Jika tidak meninggalkan balu atau duda atau anak, Pencen Penakat hendaklah dibayar kepada:
      kadar harian pencen penakat2

  • Kemudahan Pemulihan Jasmani/Vokasional/Return To Work/Dialisis

    Kemudahan ini diberikan kepada pekerja yang layak dalam bentuk:

    i. Pemulihan jasmani termasuk:

    • Fisioterapi
    • Terapi pekerjaan
    • Pembedahan rekonstruktif
    • Bekalan prostetik, ortotik dan lain-lain alat
    • Bekalan ortopedik seperti kerusi roda, tongkat, alat pendengaran, cermin mata, kasut khas dan lain-lain

    ii. Pemulihan vokasional termasuk:

    • Latihan dalam bidang seperti elektrikal, jahitan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain.

    Semua perbelanjaan kemudahan pemulihan di atas ditanggung oleh PERKESO mengikut kadar dan syarat-syarat yang ditetapkan.

    iii. Kemudahan dialisis bagi Orang Berinsurans yang menghidap sakit buah pinggang kronik termasuk:

    • Rawatan haemodialisis di pusat dialisis panel dan bukan panel PERKESO atau Hospital Kerajaan
    • Rawatan kaedah Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD)
    • Bantuan subsidi suntikan Erythropoietin (EPO)
    • Bantuan subsidi pembelian ubat lmmunosuppressant
    • Bayaran pembedahan Arteriovenous (AV) Fistula

    Semua perbelanjaan kemudahan pemulihan di atas ditanggung oleh PERKESO mengikut kadar dan syarat-syarat yang ditetapkan.

  • Faedah Pengurusan Mayat

    Amaun maksimum sebanyak RM3,000 (berkuatkuasa mulai 1 Jun 2024) akan dibayar sekiranya seseorang pekerja meninggal dunia akibat sebarang sebab. Pembayaran faedah akan dibuat kepada waris yang layak atau pihak yang menanggung kos pengebumian.

    Jumlah bayaran akan dibayar sama ada jumlah sebenar perbelanjaan ataupun RM3,000 mengikut mana yang lebih rendah berdasarkan resit yang dikemukakan.

  • Faedah Pendidikan

    Faedah Pendidikan merupakan suatu kemudahan dalam bentuk pinjaman disediakan kepada :

    • Anak penerima Pencen Ilat
    • Anak penerima Pencen Penakat

    Permohonan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan PERKESO.

    Makluman Kadar Caj Perkhidmatan Pendidikan PERKESO
    Mulai 1 Januari 2013, kadar caj perkhidmatan pinjaman pendidikan bagi peminjam yang menerima tawaran pinjaman pendidikan sebelum 1 Januari 2009 telah diturunkan daripada 4% kepada 2%. Manakala bagi peminjam baru yang menerima tawaran selepas 1 Januari 2009, kadar caj perkhidmatan pinjaman pendidikan masih kekal 2%.

    Maklumat Lanjut

Borang - Borang berkaitan tuntutan faedah boleh didapati di pautan di bawah.

Baca selanjutnya: Skim Keilatan

Menara PERKESO, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

1-300-22-8000

Copyright 2023 © Social Security Organisation | All rights reserved