FAEDAH PENDIDIKAN

Faedah pendidikan merupakan suatu kemudahan dalam bentuk pinjaman disediakan kepada anak tanggungan sekiranya Orang Berinsurans:

  • Meninggal dunia akibat bencana pekerjaan
  • Menerima bayaran berkala Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Meninggal dunia semasa menerima Pencen Ilat
  • Meninggal dunia sebelum mencapai umur 60 tahun tetapi telah genap bekerja sepanjang tempoh kelayakan atau suatu tempoh kelayakan yang dikurangkan
  • Sedang menerima Pencen Ilat

Syarat-syarat Kelayakan Permohonan Pinjaman

  1. Pemohon hendaklah anak tanggungan kepada penerima faedah berikut :
    1. Faedah Orang Tanggungan (FOT);
    2. Pencen Penakat;
    3. Pencen Ilat;
    4. Faedah Hilang Upaya Kekal secara berkala.
  1. Belum mencapai umur 21 tahun semasa mengemukakan permohonan; atau

Sekiranya telah mencapai umur 21 tahun, pemohon mestilah pernah menerima pinjaman PERKESO sebelumnya di peringkat Sijil / Diploma secara berterusan dan merupakan anak tanggungan penerima Faedah FOT / Pencen Penakat;

  1. Belum Berkahwin;
  1. Telah menerima tawaran daripada mana-mana Pusat Pengajian Tinggi dalam negara bagi mengikuti pengajian sama ada di peringkat Ijazah Pertama, Diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 hingga Tahap 3;
  1. Telah membuat permohonan pinjaman dengan agensi pemberi pinjaman lain tetapi permohonan tersebut ditolak/gagal;
  1. Pengajian hendaklah keseluruhannya di dalam Malaysia;
  1. Pengajian bersifat sepenuh masa;
  1. Baki tempoh pengajian semasa memohon mestilah tidak kurang satu (1) tahun;
  1. Jumlah kos yuran pengajian tidak melebihi kadar had maksima yang ditetapkan iaitu RM100,000.00 tidak termasuk perbelanjaan sara hidup;
  1. Bagi pemohon yang menerima tawaran pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Kolej atau Universiti berkenaan hendaklah telah beroperasi sekurang-kurangnya dua (2) tahun dan penubuhannya diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, Malaysia (KPM);
  1. Bagi pemohon yang mengikuti kursus pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), kursus yang diikuti mestilah telah diluluskan oleh Jabatan Pengajian Tinggi KPM;
  1. Bagi pemohon yang mengikuti kursus pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah di IPTS, kursus yang diikuti mestilah telah diluluskan oleh Jabatan Pengajian Tinggi, KPM dan telah memperolehi Sijil Perakuan Akreditasi Penuh / Provisional daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang masih dalam tempoh sah laku;
  1. Bagi pemohon yang mengikuti pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 sehingga Tahap 3, kursus yang diikuti hendaklah mendapat sijil pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia dan sijil tersebut mestilah dalam tempoh sah laku ;
  1. Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh KPM untuk mengikuti kursus berkenaan; Sekiranya kelayakan pemohon berbeza daripada yang disyaratkan, pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana yang dinyatakan di perkara (12) dan (13); dan
  1. Kewangan keluarga tidak dapat menampung perbelanjaan pengajiannya.

PERHATIAN :

  • Orang-orang berikut tidak layak memohon pinjaman ini:
    1. Pelajar sekolah rendah atau menengah;
    2. Adik-beradik orang berinsurans;
    3. Pelajar peringkat matrikulasi / pra / asasi / foundation / sarjana / PhD
  • Pemohon yang pernah mendapat pinjaman PERKESO tetapi gagal / berhenti / membatalkan pinjaman sebelum tamat pengajian tidak layak memohon pinjaman kali kedua kecuali sekiranya telah menyelesaikan penuh baki pinjaman semasa.
  • Pembiayaan pinjaman hanya diberi untuk tempoh pengajian semasa sahaja.
Ciri-ciri Pembiayaan Pinjaman Pendidikan
  1. Pembiayaan pendidikan ini adalah berbentuk pinjaman dan perlu dibayar balik bersama kadar caj perkhidmatan. Penetapan kadar caj perkhidmatan ke atas pinjaman telah ditetapkan seperti berikut:
    • Peminjam yang menerima tawaran pinjaman bermula 1 Mei 1997 sehingga 31 Dis 2008, kadar caj perkhidmatan yang dikenakan adalah sebanyak 4% setahun ke atas baki pinjaman. Namun begitu, bermula pada 1 Januari 2013 kadar caj perkhidmatan telah diturunkan daripada 4% kepada 2% ; dan
    • Peminjam yang menerima tawaran pinjaman bermula 1 Jan 2009 ke atas, kadar caj perkhidmatan yang dikenakan adalah sebanyak 2% setahun ke atas baki pinjaman.
  1. Pinjaman ini akan dilindungi Insurans yang merupakan sebahagian daripada pinjaman.
  1. Bagi pinjaman di peringkat diploma dan ijazah, peminjam boleh memohon pertukaran pinjaman kepada biasiswa sekiranya berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh PERKESO.
Cara Permohonan Pinjaman Pendidikan

Permohonan pinjaman pendidikan perlu dibuat dengan memuat-turun borang di laman web rasmi PERKESO dan kemukakan bersama dokumen-dokumen seperti berikut :

  1. 1 keping gambar terkini pemohon berukuran passport;
  2. 1 salinan sijil kelahiran yang telah disahkan ;
  3. 1 salinan kad pengenalan yang telah disahkan;
  4. 1 salinan keputusan peperiksan peringkat PMR, SPM, STPM, Sijil, Foundation / A-Level / Matrikulasi / Diploma yang telah disahkan;
  5. 1 salinan sijil berhenti sekolah menengah yang telah disahkan;
  6. Surat Tawaran Asal kemasukan ke IPT;
  7. Surat pengesahan pendaftaran diri dari IPT / resit pembayaran pendaftaran / salinan kad pelajar;
  8. Surat daripada IPT mengikut format PERKESO berhubung pengesahan kos yuran pengajian mengikut semester akademik terkini;
Kadar Peruntukan Pembiayaan Pinjaman Pendidikan
  • Peruntukan pembiayaan pinjaman pendidikan PERKESO hanya meliputi kos pengajian yang terdiri daripada yuran pendaftaran semester pertama, yuran pengajian, yuran peperiksaan dan yuran makmal untuk setiap semester manakala lain-lain yuran tidak dibiayai oleh PERKESO
  • Tiada peruntukan disediakan untuk kos elaun sara hidup pelajar :
Kos PengajianKadar

Yuran meliputi : -

1) Yuran pendaftaran semester pertama;

2) Yuran pengajian;

3) Yuran peperiksaan; dan

4) Yuran makmal

    • Jumlah keseluruhan kos pengajian tidak melebihi kadar yang diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan tertakluk pada kadar had maksima RM100,000.00. 
Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendidikan

Pemohon yang bersetuju menerima tawaran pinjaman pendidikan hendaklah mendapatkan penjamin-penjamin dan menandatangani bersama dokumen PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN.

Syarat dan kelayakan penjamin adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bilangan dan jumlah pendapatan bulanan bagi penjamin-penjamin bergantung kepada jumlah pinjaman yang diluluskan seperti berikut:
    1. Jumlah Pinjaman Kurang RM 100,000.00
      • Dua (2) orang penjamin;
      • Jumlah pendapatan bulanan bersih (setelah ditolak semua potongan) tidak kurang daripada RM1,500.00;
      • Tempoh berkhidmat tidak kurang 2 tahun di majikan yang sama; dan
      • Berjawatan tetap.
    2. Jumlah Pinjaman Melebihi RM100,000.00
      • Tiga (3) orang penjamin;
      • Jumlah pendapatan bulanan bersih (setelah ditolak semua potongan) tidak kurang daripada RM2,000.00;
      • Tempoh berkhidmat tidak kurang 2 tahun di majikan yang sama; dan
      • Berjawatan tetap
  3. Syarat umur bagi seseorang penjamin adalah tertakluk kepada jumlah pinjaman dan tempoh pembayaran balik pinjaman seperti di Jadual berikut :
Jumlah Pinjaman (RM)Kelayakan umur penjamin (tidak melebihi)

1,000 – 2,500

2,501 – 5,000

5,001 – 7,500

7,501 – 10,000

10,001 – 12,500

12,501 – 15,000

15,001 – 17,500

17,501 – 20,000

20,001 – 22,500

22,501 – 25,000

25,001 – 27,500

27,501 – 50,000

50,001 – 100,000

100,000 ke atas

54 Tahun

53 Tahun

52 Tahun

50 Tahun

50 Tahun

49 Tahun

49 Tahun

48 Tahun

47 Tahun

46 Tahun

46 Tahun

41 Tahun

36 Tahun

31 Tahun

  1. Penjamin dibenarkan menjamin seorang (1) peminjam pada satu-satu masa;
  2. Penjamin boleh terdiri daripada salah seorang ibu atau bapa, adik beradik, saudara mara dan rakan terdekat yang telah mengenali peminjam melebihi tempoh lima (5) tahun;
  3. Seseorang yang bekerja sendiri boleh menjadi penjamin sekiranya mempunyai pendapatan tahunan tidak kurang RM 30,000.00 setahun hasil daripada perniagaan dan mestilah mengemukakan salinan Borang B yang telah disahkan oleh pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk tempoh 3 tahun terkini berturut-turut;
  4. Penjamin-penjamin yang bersetuju menandatangani perjanjian pinjaman PERKESO tidak boleh menarik diri menjadi penjamin kecuali mereka hilang kelayakan seperti yang diperuntukan dalam Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendidikan.
  5. Peminjam dan penjamin-penjamin dikehendaki menandatangani dokumen perjanjian di hadapan saksi yang terdiri daripada pegawai-pegawai berikut :-
    1. Wakil Rakyat / Senator;
    2. Semua Pegawai Kerajaan dan Badan Berkanun dalam Kumpulan A atau B atau yang setaraf dengannya;
    3. Pegawai-pegawai di dalam perkhidmatan perundangan dan kehakiman seperti Majistret, Peguam dan Pesuruhjaya Sumpah;
    4. Pengetua / Guru Besar (Sekolah bantuan penuh Kerajaan sahaja);
    5. Pegawai Polis berpangkat Sub Inspektor dan ke atas / Pegawai Tentera Berpangkat Kapten atau setaraf dan ke atas;
    6. Pegawai PERKESO Gred 19 dan ke atas;
    7. Ketua kampung / Jaksa Pendamai / Penggawa / Penghulu / Ketua Masyarakat / Sidang / Pegawai Pembangunan Mukim / Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung);
    8. Untuk Sabah dan Sarawak – Ketua Kaum / Ketua Anak Negeri / Kapitan / Pemanca / Pegawai Taman Sabah ; dan
    9. Lain-lain pegawai yang diluluskan oleh PERKESO dari semasa ke semasa.
Cara Pengeluaran Pembiayaan Pinjaman Pendidikan
  • Cara pengeluaran pembiayaan pinjaman pendidikan ini dibuat seperti berikut:
    1. Yuran Pengajian dibayar melalui cek atau dikreditkan terus ke dalam akaun IPT;
    2. Elaun Sara Hidup dan lain-lain elaun akan dikreditkan terus ke Akaun Maybank pelajar; dan
    3. Premium insurans akan dibayar terus kepada Syarikat Insurans.
  • Pengeluaran pembiayaan pinjaman akan dikeluarkan secara berperingkat mengikut semester pengajian. Pembiayaan kali pertama akan dibuat setelah dokumen perjanjian pinjaman disempurnakan oleh pelajar. Manakala bagi pembiayaan semester berikutnya, akan dibuat setelah pelajar mengemukakan keputusan peperiksaan terkini.
  • Tujuan pengeluaran pembiayaan dibuat secara berperingkat adalah bagi membolehkan pemantauan ke atas prestasi pengajian pelajar dibuat sepanjang menerima pembiayaan pinjaman dengan PERKESO.
  • Sekiranya keputusan peperiksaan terkini pelajar tidak memuaskan iaitu gagal memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.00 dan ke atas atau gagal secara keseluruhan, bayaran bagi semester berikutnya akan digantung sementara sehinggalah pelajar menghadiri satu sesi kaunseling yang dikendalikan oleh kaunselor PERKESO.
Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan
  • Pinjaman ini perlu dibayar balik bersama caj perkhidmatan oleh peminjam secara ansuran mengikut tempoh yang ditetapkan oleh PERKESO bermula pada bulan ke dua belas (12) daripada bulan terakhir peminjam menerima pembiayaan pinjaman pendidikan.
  • Tempoh bayaran balik pinjaman pendidikan adalah berdasarkan jumlah pinjaman yang diterima oleh peminjam seperti di Jadual berikut:
Jumlah Pinjaman (RM)Tempoh bayaran balik mengikut tahun

1,000 - 2,500

2,501 - 5,000

5,001 - 7,500

7,501 - 10,000

10,001 - 12,500

12,501 - 15,000

15,001 - 17,500

17,501 - 20,000

20,001 - 22,500

22,501 - 25,000

25,001 - 27,500

27,501 - 50,000

50,001 - 100,000

100,000 Ke atas

2 Tahun

3 Tahun

4 Tahun

5 Tahun 3 Bulan

5 Tahun 5 Bulan

6 Tahun 6 Bulan

7 Tahun

8 Tahun

8 Tahun 5 Bulan

9 Tahun 4 Bulan

10 Tahun

15 Tahun

20 Tahun

25 Tahun

Kaedah Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan
Bil. Kaedah Bayaran Panduan Cara Bayaran
1 Cek / Draf Bank / Kiriman Cek
  • Bayaran hendaklah dibuat atas nama “Ketua Eksekutif PERKESO”
  • Dokumen bayaran hendaklah tiada sebarang bentuk pindaan
  • Masukkan perkara berikut pada ruangan muka surat belakang dokumen bayaran:
  • i) Nama & No. Kad Pengenalan Peminjam; dan
    ii) No. Akaun Pinjaman ( Bagi peminjam mempunyai lebih daripada satu akaun pinjaman, sila nyatakan amaun bayaran bagi setiap akaun )
    iii) Tujuan bayaran : Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan PERKESO
2 Perbankan Internet (Maybank2U.com)
  • Langkah 1 : Sila daftar perkhidmatan maybank2u.com di mana-mana cawangan Maybank berdekatan
  • Langkah 2 : Layari ke laman maybank2u.com
  • Langkah 3 : Pilih menu Accounts & Banking
  • Langkah 4 : Pilih menu Bill Payment
  • Langkah 5 : Pilih Payees Categories : Education & Education Loans
  • Langkah 6 : Pilih company : PERKESO Education Loan
  • Langkah 7 : Masukkan amaun, No. Akaun Pinjaman dan lain-lain maklumat yang diperlukan.
  • Langkah 8 : Cetak resit bayaran sebagai rujukan.
  • (Sekiranya tiada no.akaun pinjaman, sila hubungi Unit Pinjaman Pendidikan PERKESO)
3 Mesin ATM Maybank
  • Langkah 1 : Sila daftar perkhidmatan bayaran bil ATM
  • Langkah 2 : Masukkan kad ATM pada mesin ATM
  • Langkah 3 : Masukkan No.Pin pada mesin ATM
  • Langkah 4 : Pilih menu Paybills
  • Langkah 5 : Pilih Registered Payee Corporation
  • Langkah 6 : Masukkan amaun bayaran
  • Langkah 7 : Pilih PERKESO Education Loan
  • Langkah 8 : Cetak resit bayaran sebagai rujukan
  • (Untuk kemudahan bayaran ini, sila dapatkan borang pendaftaran bayaran melalui mesin ATM di Unit Pinjaman Pendidikan PERKESO)
4 Arahan Potongan Autodebit melalui akaun Maybank (Direct Debit Instruction)
  • Sila dapatkan Borang Permohonan Maybank Autodebit di mana-mana cawangan Maybank berdekatan atau di Unit Pinjaman Pendidikan, PERKESO
  • Sila lengkapkan Bahagian B – Maklumat Akaun Bank sahaja.
  • Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Unit Pinjaman Pendidikan PERKESO.
5 Pengeluaran Pendidikan melalui KWSP
  • Sila semak syarat-syarat kelayakan memohon dengan KWSP
  • Sila dapatkan Borang Permohonan Pengeluaran Pendidikan di mana-mana kaunter perkhidmatan KWSP berhampiran atau di laman web KWSP di alamat www.kwsp.gov.my.
  • Sila maklumkan kepada PERKESO berhubung permohonan pengeluaran pendidikan KWSP secara bertulis melalui emel / faks / pos.
  • Borang permohonan lengkap hendaklah dihantar oleh peminjam di mana-mana kaunter perkhidmatan KWSP yang berhampiran.

PERHATIAN :

  • Penghantaran Borang Autodebit dan Borang Permohonan Perkhidmatan Bayaran Bil ATM boleh dihantar terus ke alamat seperti berikut :
  • Pengurus,
    Unit Pinjaman Pendidikan, Cawangan Faedah, Bahagian Operasi, Tingkat 14,
    Menara PERKESO; No. 281 Jalan Ampang, 50538 Kuala Lumpur.
    No. Fax : 03-4256 3534
  • Semua kaedah bayaran balik pinjaman pendidikan PERKESO hanya boleh dibuat di MAYBANK SAHAJA.
  • Kaedah bayaran lain yang disediakan oleh pihak Maybank seperti ‘Standing Instruction’, ‘Cash Deposit Machine(CDM)’ & ‘Cheque Deposit Machine’ adalah TIDAK DIBENARKAN.
  • Setiap pembayaran secara atas talian (online) akan dikenakan caj perkhidmatan oleh pihak bank.
  • Semua salinan slip bank / resit bayaran hendaklah disimpan sebagai bukti bayaran. Pihak PERKESO hanya akan mengeluarkan resit rasmi sekiranya pembayaran dibuat terus ke Ibu pejabat PERKESO.
  • Sebarang pertanyaan berkaitan panduan bayaran balik pinjaman pendidikan PERKESO, sila berhubung terus dengan Unit Pinjaman Pendidikan, PERKESO di talian 03-4264 5543 / 5159 / 5329 / 5341 / 5316.

PERINGATAN :
Pihak PERKESO akan mengambil tindakan sivil ke atas peminjam dan penjamin yang ingkar/gagal menjelaskan pinjaman pendidikan. Semua kos guaman dan kos pengiklanan yang berkaitan pinjaman akan ditanggung oleh peminjam. Bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil ke atas peminjam dan penjamin, sila jelaskan bayaran mengikut jadual yang ditetapkan.

Menara PERKESO, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

1-300-22-8000

Copyright 2023 © Social Security Organisation | All rights reserved