Tujuan utama pemeriksaan diadakan adalah untuk memastikan pematuhan majikan terhadap Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Di bawah peruntukkan Seksyen 12, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, pegawai pemeriksa yang dilantik hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Aktiviti pemeriksaan ini dijalankan ke atas majikan dan ia dilaksanakan di seluruh Malaysia.
Kompaun merupakan peruntukkan di bawah Seksyen 95A, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, di mana Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberikuasa oleh beliau boleh menawarkan kompaun kepada mana-mana orang yang telah melakukan kesalahan yang boleh dikompaun seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial (Pengkompaunan Kesalahan) 2006. Peraturan –Peraturan Keselamatan Sosial (Pengkompaunan Kesalahan) 2006 telah diwartakan dan mula berkuat kuasa pada 1 Mac 2006. Di bawah Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial (Pengkompaunan Kesalahan) 2006, jenis-jenis kesalahan yang boleh dikompaun hanyalah kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bawah subseksyen 94(e) dan (g) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Ianya merupakan kesalahan-kesalahan yang tidak melibatkan kewangan atau caruman majikan kepada PERKESO.
Notis kompaun akan dikeluarkan setelah PERKESO menerima maklumat atau aduan bahawa suatu kesalahan yang boleh dikompaun telah dilakukan. Tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan adalah bagi tempoh empat belas hari, sekiranya pembayaran penuh jumlah yang ditawarkan itu telah dibuat pada atau sebelum tempoh empat belas hari itu, tiada tindakan selanjutnya akan diambil. Namun, jika tiada bayaran kompaun yang diterima selepas tempoh empat belas hari itu atau dalam tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah maka, tindakan pendakwaan boleh dimulakan tanpa notis selanjutnya.
Bil | Peruntukan Perundangan | Jenis Kesalahan | Kriteria Kesalahan | Amaun Kompuan |
---|---|---|---|---|
1 | Seksyen 4 | Lewat daftar perusahaan | Tempoh Kelewatan Mendaftar; | |
Melebihi 30 hari TETAPI kurang dari 1 tahun | RM500 | |||
Melebihi 1 tahun TETAPI kurang dari 2 tahun | RM1500 | |||
Melebihi 1 tahun TETAPI kurang dari 5 tahun | RM2000 | |||
Melebihi 5 tahun | RM4000 | |||
2 | Seksyen 5 | Lewat Daftar Pekerja | Tempoh Kelewatan Mendaftar; | |
Melebihi 1 bulan TETAPI kurang dari 1 tahun | RM 500 (seorang pekerja) | |||
Melebihi 1 tahun TETAPI kurang dari 2 tahun | RM 1,000 (seorang pekerja) | |||
Melebihi 2 tahun TETAPI kurang dari 5 tahun | RM 1,500 (seorang pekerja) | |||
Melebihi 5 tahun | RM 3,000 (seorang pekerja) | |||
3 | Peraturan 34(1)
dan (2) |
Gagal menyediakan/
menyimpan daftar pekerja |
Gagal Menyediakan/Menyimpan Daftar Pekerja: | |
Dalam tempoh 7 tahun kebelakangan pada pemeriksaan pertama | RM300 | |||
Dalam tempoh 7 tahun kebelakangan pada pemeriksaan yang kedua dan seterusnya |
RM600 | |||
4 | Peraturan 71(1) & (4) (b) | Lewat melaporkan kemalangan dalam tempoh yang ditetapkan |
Kes Kematian Tempoh Kelewatan Melapor: |
|
Melebihi 2 bulan TETAPI kurang dari 1 tahun | RM1000 | |||
Melebihi 1 tahun | RM1500 | |||
Kecederaan bencana kerja di tempat kerja: Tempoh Kelewatan Melapor: |
||||
Melebihi 2 bulan TETAPI kurang dari 1 tahun | RM1000 | |||
Melebihi 1 tahun | RM1500 | |||
Kecederaan kemalangan semasa perjalanan: Tempoh Kelewatan Melapor: |
||||
Melebihi 3 bulan TETAPI kurang dari 1 tahun | RM1000 | |||
Melebihi 1 tahun | RM1500 | |||
5 | Peraturan 44A |
Gagal menyediakan jadual caruman |
Gagal menyediakan dan mengemukakan Jadual Caruman untuk pekerja: |
|
Dalam tempoh 7 tahun kebelakangan pada pemeriksaan yang pertama |
RM300 | |||
Dalam tempoh 7 tahun pada pemeriksaan yang kedua dan seterusnya |
RM600 |
Di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, majikan atau pekerja yang didapati bersalah atas kesalahan-kesalahan berikut boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Bil | Peruntukan Perundangan | Jenis Kesalahan |
---|---|---|
1 | Seksyen 4 | Gagal atau lewat mendaftar perusahaan |
2 | Seksyen 5 dan Peraturan 12(1) | Gagal atau lewat mendaftar pekerja yang layak |
3 | Seksyen 6(1) & (8) dan Peraturan 32 | Gagal atau lewat membayar caruman |
4 | Seksyen 14(A) & Peraturan 33 | Gagal membayar Faedah Caruman Lewat Bayar |
5 | Peraturan 71(1) & (2) | Majikan gagal atau lewat lapor kemalangan |
6 | Seksyen 93(A) | Memberi, membuat atau mengemukakan dokumen atau maklumat palsu |
7 | Seksyen 110(1) | Gagal mematuhi saman jabatan |
Unit "Recovery” ditubuhkan untuk mengutip atau mendapatkan balik bayaran yang telah diberikan kepada orang bencana, waris dan juga kepada penerima pinjaman pendidikan.
Unit ini akan bertindak sekiranya terdapat pinjaman pendidikan yang tidak menjelaskan bayaran yang sepatutnya mereka jelaskan dan juga mengutip lebihan bayaran faedah yang diperolehi oleh orang bencana atau orang tanggungan di mana mereka tidak berhak menerimanya.
Menara PERKESO, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
1-300-22-8000
Copyright 2023 © Social Security Organisation | All rights reserved