PERKESO Prihatin merupakan sebuah strategi penjenamaan baharu yang diilhamkan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Bin Dato’ Aziz Mohammed selaku Ketua Eksekutif PERKESO. Melalui strategi penjenamaan ini, sebuah inisiatif yang proaktif telah diwujudkan dengan penubuhan Skuad PERKESO Prihatin;
Skuad PERKESO Prihatin ditubuhkan pada tahun 2016 sebagai sebuah wadah aspirasi yang prihatin bagi melaksanakan sebuah langkah proaktif bagi mengesan, menjejak dan melaksanakan pemprosesan faedah segera melalui pelbagai saluran seperti media cetak, elektronik dan sosial.
Program Social Synergy merupakan gerakan inisiatif yang inovatif yang dilahirkan pada tahun 2017 bagi mewujudkan sebuah platform keselamatan sosial yang pertama di Malaysia. Program ini dibina dengan mengadaptasi model keselamatan sosial dari negara maju seperti Australia, England, Amerika Syarikat dan sebagainya.
Program ini dibina dengan rekabentuk yang sistematik, komprehensif, holistik dan berkesinambungan. Dengan menggabungkan tiga (3) entiti keselamatan sosial iaitu Insurans Sosial, Bantuan Sosial dan Intervensi Pasaran Kerja, inisiatif ini dilihat sebagai formula terbaik bagi menangani permasalahan kemiskinan, keciciran dan ketidaksepaduan manfaat keselamatan sosial yang menyumbang ke arah pertindihan faedah dan manfaat.
Meningkatkan pendapatan sara hidup & Mengurangkan kadar kemiskinan yang melanda.
Menyediakan platfom keselamatan sosial secara berpusat, sistematik dan komprehensif untuk seluruh Rakyat Malaysia.
Melahirkan lebih ramai pengamal keselamatan sosial yang kompeten sehingga membentuk sebuah komuniti keselamatan sosial yang unggul.
Menjadikan Rakyat Malaysia lebih Holistik dengan memiliki kemahiran yang kompeten di dalam pelbagai bidang.
Semua pemimpin masyarakat yang terdiri daripada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Negara akan diberikan akses untuk menyalurkan maklumat prospek yang memiliki apa-apa masalah yang membelenggu kehidupan untuk dibantu oleh pelbagai agensi yang menyediakan manfaat keselamatan sosial melalui Program Social Synergy bagi mengelakkan isu keciciran serta pertindihan manfaat yang berlaku sebelum ini.
Muat turun aplikasi Prihatin di Google Play Store atau Apple App Store untuk menggunakan fungsi aplikasi ini. Semakan kes Prihatin juga boleh dibuat di sini.
Menara PERKESO, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
1-300-22-8000
Copyright 2023 © Social Security Organisation | All rights reserved