Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peratura-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971 terpakai kepada semua perusahaan yang mempunyai seorang pekerja atau lebih.
Majikan utama dan majikan langsung yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja atau lebih, bertanggungjawab mendaftar dan membayar caruman mengikut kadar yang ditetapkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 yang diuruskan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Majikan utama juga bertanggungjawab untuk memastikan semua pekerja yang diambil bekerja oleh majikan langsung telah didaftarkan dan caruman dibayar dengan tepat.
Majikan perlu melaporkan semua kemalangan berkaitan pekerjaan yang menimpa pekerjanya dalam tempoh masa 48 jam daripada kemalangan itu diketahui oleh majikan atau pihak yang bertanggungjawab bagi pihak majikan.
Majikan yang mengambil pekerja secara terus di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan. Semua urusan perkhidmatan dan pembayaran gaji diuruskan oleh majikan utama.
Majikan yang mengambil pekerja dan menjalankan kerja di bawah penyeliaan majikan utama. lni termasuk seseorang yang telah membuat suatu kontrak perkhidmatan dengan seorang pekerja dan meminjamkan atau menyewakan bagi sementara waktu perkhidmatan pekerja tersebut kepada majikan utama.
Muat turun borang-borang yang disenaraikan di bawah:
Bagi pekerja domestik, gantikan Borang 2 ke:
Bagi pekerja asing, gantikan Borang 2 ke:
Bagi pekerja asing, Borang SIP 1 & 2 tidak diperlukan.
Lengkapkan borang-borang dan imbas (scan) borang-borang tersebut.
Sediakan dokumen-dokumen sokongan mengikut senarai semak.
Anda boleh ke laman caruman untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kadar caruman dan bayaran caruman.
Majikan pekerja domestik kini boleh membuat pembayaran pendahuluan untuk tempoh 12 bulan melalui aplikasi Prihatin. Sila rujuk kepada panduan ringkas untuk maklumat lanjut.
Setiap majikan yang berhenti daripada menjadi majikan, hendaklah melengkapkan Borang 1A bagi Akta 4 dan Borang SIP 3 Bagi Akta 800 dan mengemukakan bersama dokumen berkaitan dalam tempoh 30 hari pemberhentian tersebut melalui Portal ASSIST.
Majikan hendaklah menyelenggara dan menyimpan rekod daftar pekerja yang menunjukkan butir-butir berikut bagi tiap-tiap bulan untuk setiap pekerja:
Daftar pekerja dan semua rekod bayaran caruman hendaklah disimpan selama tujuh (7) tahun dari tarikh catatan terakhir.
Semua pembayaran berbentuk wang kepada pekerja dianggap sebagai gaji yang layak dicarumkan dengan PERKESO. Pembayaran-pembayaran berkenaan seperti:
Semua pembayaran tersebut akan dibayar kepada pekerja sama ada bayaran mengikut jam, harian, mingguan, bulanan, hasil kerja (piece rated / task rated) adalah dianggap sebagai gaji. Walau bagaimanapun, pembayaran-pembayaran berikut tidak dianggap sebagai gaji:
Informasi berkenaan penguatkuasaan seperti:
Menara PERKESO, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
1-300-22-8000
Copyright 2023 © Social Security Organisation | All rights reserved