Pekerja Domestik
Pekerja Domestik
Peluasan Liputan Perlindungan Keselamatan Sosial Kepada Pekerja Domestik
Pekerja domestik akan dilindungi di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Akta 800) yang berkuat kuasa pada 1 Jun 2021.
Bermula 1 Jun 2022, semua majikan dan pekerja domestik adalah DIWAJIBKAN untuk berdaftar dan mencarum dengan PERKESO di bawah Akta Keselamatan Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).
Kewajipan mendaftar dan mencarum dengan PERKESO ini juga adalah terpakai kepada mana-mana pekerja domestik dengan polisi insurans berkaitan bencana kerja dan keilatan yang akan tamat selepas 31 Mei 2022.
Definisi Pekerja Domestik
Seorang pekerja domestik yang diambil bekerja semata-mata dalam kerja atau yang berkaitan dengan kerja bagi suatu rumah kediaman persendirian dan bukan diambil bekerja bagi apa-apa perdagangan, perniagaan atau profesion yang dijalankan oleh majikan sama ada di dalam atau di luar rumah kediaman itu.
Contoh Pekerja Domestik
-
Pembantu rumah
-
Pemandu peribadi
-
Tukang kebun
-
Pengawal peribadi
-
Pengawal keselamatan
-
Tukang masak
-
Penjaga orang tua
-
Pengasuh bayi / kanak-kanak
Syarat Pekerja Domestik
- Warganegara / pemastautin tetap (PR) / pemastautin sementara (TR).
- Warganegara asing dengan dokumen perjalanan yang sah.
Syarat Majikan
- Majikan warganegara Malaysia.
- Majikan warganegara asing boleh menggajikan pekerja warganegara Malaysia sahaja.
Pendaftaran
Proses pendaftaran bagi pekerja domestik adalah sama seperti pendaftaran bagi pekerja formal di mana majikan bertanggungjawab untuk mendaftar dan mencarum pekerja mengikut kelayakan manakala pekerja perlu memastikan anda telah didaftar dan dicarum. Untuk proses pendaftaran, sila rujuk di sini:
Caruman
Kadar caruman adalah sama seperti kadar caruman bagi Akta Keselamatan Pekerja 1969 dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (rujuk kadar caruman). Terdapat dua kaedah pembayaran untuk caruman pekerja domestik iaitu melalui Portal ASSIST atau secara pendahuluan melalui aplikasi mudah alih Prihatin.
Panduan Bayaran Melalui Prihatin
Video Panduan Bayaran Di Prihatin
Kelayakan Skim
Info Berkaitan
- Hits: 149796