Return To Work

Program pengurusan hilang upaya Return To Work PERKESO adalah merupakan program pengurusan hilang upaya yang dilaksanakan oleh PERKESO dalam membantu pencarum yang cedera atau menghidapi penyakit untuk dipulihkan dan kembali semula bekerja lebih awal, sihat dan selamat.

Setiap pencarum PERKESO yang mengikuti Program Return To Work akan melalui proses pemulihan yang sistematik dan berteraskan konsep biosikososial yang merangkumi faktor biofizikal, pisikologikal dan sosial yang perlu ditangani dalam membantu mereka kembali semula bekerja.

Kriteria Untuk Mengikuti Program

Program ini disediakan kepada Orang Berinsurans (OB) yang:

  • Disahkan sebagai bencana pekerjaan dan memerlukan pemulihan atau bantuan carian kerja.
  • Memohon Skim Keilatan, bermotivasi dan memerlukan pemulihan atau bantuan carian kerja.

Objektif Program Return To Work

Program ini dilaksanakan bagi mencapai objektif seperti berikut:

  • Membantu Orang Berinsuran mengatasi masalah hilangupaya dan kesakitan yang dialami oleh mereka.
  • Memastikan Orang Berinsuran yang alami hilang upaya/keilatan dapat kembali semula bekerja secepat mungkin.
  • Memastikan keselamatan mereka terus terpelihara.
  • Mengurangkan kos pekerja, majikan dan PERKESO dari segi jangka masa panjang melalui pengurusan kes yang baik.

Menara PERKESO, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

1-300-22-8000

Copyright 2023 © Social Security Organisation | All rights reserved