Accessibility Tools

Skip to main content

Kronologi Sejarah PERKESO

Profil
1969
1971
1974
1980
1984
1985
1987
1993
1996
1997
1998
1999
2000
2005
2006
2007
2009
2013
2014
2015
2016
2017
2018
2019
2020
2021
2022
2023
2024
Seret timeline ke kiri atau kanan untuk melihat kronologi mengikut tahun.

1969

Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 mendapat perkenan Diraja (2 April 1969).

1971

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan sebagai sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Buruh.

Pelaksanaan skim perlindungan PERKESO yang pertama bermula di Johor Bahru.

Majikan yang mempunyai sekurang-kurangnya 5 orang pekerja, bergaji RM500 dan ke bawah layak mendaftar dan mencarum.

Majikan membayar caruman bulanan pekerja menggunakan setem caruman.

Syarikat Jackson & Masacorale merupakan majikan pertama berdaftar dengan PERKESO. Manakala Encik Mohd Taib bin Hassan adalah pekerja pertama yang didaftarkan oleh majikan dengan PERKESO.

1974

Pelaksanaan skim perlindungan PERKESO termasuk Skim Keilatan mula diperkenalkan di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.

Pencen Ilat diperluaskan ke 14 buah pejabat PERKESO di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

1980

Skim perlindungan PERKESO diperluaskan ke seluruh Semenanjung Malaysia meliputi semua perusahaan yang mempunyai 5 orang pekerja atau lebih dan bergaji tidak melebihi RM500 sebulan.

Bayaran Faedah Pengurusan Mayat dinaikkan kepada RM500.

1984

Pekerja-pekerja dalam Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah memilih Skim Baru atau dilantik atau terikat di bawah Skim Baru dikecualikan daripada liputan PERKESO.

1985

Pencen Penakat mula diperkenalkan.

Faedah Pengurusan Mayat telah ditingkatkan dari RM500 kepada RM1,000.

Semua pekerja bergaji RM1,000 dan ke bawah adalah layak untuk mencarum dengan PERKESO bagi majikan yang mempunyai 5 orang dan lebih pekerja.

Kadar harian minima Faedah Hilang Upaya Sementara dan Kekal dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM8.00.

PERKESO bertukar status menjadi sebuah Badan Berkanun.

1987

Skim perlindungan PERKESO dilaksanakan di seluruh Sabah dan Sarawak.

Takrif ‘anak’ diperluaskan meliputi semua kategori anak termasuk anak angkat di bawah umur 21 tahun.

Perlindungan kemalangan perjalanan (kemalangan perjalanan pergi dan balik kerja) telah diperkenalkan.

1993

Semua pekerja asing dikecualikan dari dilindungi oleh Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

1996

Kadar bulanan minimum bagi Pencen Ilat dan kadar bulanan penuh Pencen Penakat dinaikkan dari RM171.43 kepada RM192.86.

Kadar harian minimum Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya Kekal dan Faedah Orang Tanggungan dinaikkan kepada RM9.00.

1997

Faedah Pendidikan telah diperkenalkan dengan peruntukan sejumlah RM30 juta dan bermula dengan seramai 49 orang peminjam.

1998

Faedah Pengurusan Mayat telah dinaikkan kepada RM1,500.

1999

Kadar bulanan minimum bagi Pencen Ilat dan kadar bulanan penuh Pencen Penakat dinaikkan kepada RM250.

Kadar harian minimum Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya Kekal dan Faedah Orang Tanggungan dinaikkan kepada RM10.00.

2000

Rawatan dialisis diperkenalkan sebagai satu kemudahan di bawah skim perlindungan PERKESO.

2005

Pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 berkenaan siling gaji pekerja telah dinaikkan dari RM2,000 kepada RM3,000 sebulan.

Duda/balu yang menerima pencen jika berkahwin semula, pencen yang diterima terus dikekalkan.

Duda/balu layak mendapat Pencen Penakat atau Faedah Orang Tanggungan tanpa mengira tahap kebergantungan.

2006

Perlaksanaan tindakan pengkompaunan di bawah AKSP, 1969 dan Peraturan Keselamatan Sosial Pekerja (Pengkompaunan Kesalahan) 2006.

2007

Program pemulihan Return To Work telah diperkenalkan oleh PERKESO.

2009

Caj perkhidmatan bagi pinjaman pendidikan PERKESO diturunkan dari 4% kepada 2% setahun.

PERKESO telah beralih dan mengamalkan Persijilan MS ISO 9001:2008.

2013

PERKESO memperkenalkan Program Saringan Kesihatan untuk pemeriksaan kesihatan percuma kepada Orang Berinsurans yang berumur melebihi 40 tahun dan ke atas.

2014

Pusat Rehabilitasi PERKESO mula beroperasi di Bandar Hijau, Hang Tuah Jaya, Melaka.

PERKESO memenangi tempat Pertama Video Pendek berjudul “Bayangkan...” di International Media Festival sempena XX World Congress On Safety And Health At Work 2014.

2015

Pejabat PERKESO Mukah, Sarawak mula beroperasi.

Pejabat PERKESO Limbang, Sarawak mula beroperasi.

2016

Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2016 berkenaan memperluaskan liputan perlindungan keselamatan sosial kepada semua pekerja tanpa tertakluk kepada had gaji mengikut takrifan pekerja serta menaikkan had siling caruman daripada RM3,000.00 kepada RM4,000.00 bagi maksud caruman dan pembayaran faedah.

PERKESO telah berjaya menerima Penarafan 5 Bintang daripada MAMPU bagi tahun 2015–2016.

2017

Majlis Perasmian Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Kadar amaun Faedah Pengurusan Mayat dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM2,000.

Pejabat PERKESO Beaufort, Sabah mula beroperasi.

Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) dilaksanakan.

Pejabat PERKESO Kota Marudu, Sabah mula beroperasi.

2018

Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) dikuatkuasakan.

Pejabat PERKESO Tanjung Karang mula beroperasi.

PERKESO menjadi tuan rumah ISSA Regional Social Security Forum of Asia and the Pacific 2018.

Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 sebagai sebuah anak syarikat milik penuh PERKESO dengan nama Pusat Rehabilitasi PERKESO Sdn. Bhd.

2019

Peluasan Skim Bencana Kerja Pekerja Asing di bawah Akta 4.

Peluasan perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Akta 789) kepada Pemandu Bas.

2020

Perluasan Perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Akta 789) kepada 19 sektor informal.

Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Programme) di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020) semasa negara dilanda wabak Covid-19.

Program Subsidi Upah telah diperkenalkan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), PrihatinPKS+, MYFutureJobs dan PENJANAKERJAYA diperkenalkan.

Geran Padanan untuk Pekerja Ekonomi Gig dan Perluasan Perlindungan Skim Bencana Pekerjaan kepada Pekerja yang Bekerja dari Rumah.

2021

Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) mengandungi Program Subsidi Upah 3.0 (PSU 3.0), SIP PRIHATIN dan pembiayaan penuh caruman kepada delivery riders.

Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Emas PERKESO.

Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi (PEMERKASA) diperkenalkan.

Peluasan liputan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) kepada Pekerja Domestik.

Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), PSU 4.0, EMP dan PenjanaKerjaya 3.0.

Lagu ‘Sifar’ menjadi juara kategori ‘Music is Key’ di International Media Festival for Prevention di Kanada.

Majlis Pelancaran Syiling dan Setem Peringatan Sempena Jubli Emas PERKESO.

2022

Pelancaran Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia & Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022.

Majlis Pelancaran Promosi Program Return to Work PERKESO menerusi Video Animasi Boboboy.

Majlis Pelancaran Ops Cegah Peringkat Kebangsaan 2022.

Majlis Pecah Tanah Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotics & Cybernics Meru, Ipoh Perak.

Had liputan gaji bagi Akta 4 dan Akta 800 dinaikkan daripada RM4,000.00 kepada RM5,000.00.

Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman bin Aziz Mohammed, Ketua Eksekutif PERKESO telah dipilih sebagai Presiden ISSA Ke-17.

Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 (Akta 838) telah dikuatkuasakan.

2023

Pelarasan kos sara hidup bagi semua penerima faedah berkala dan kenaikan kadar pencen minimum daripada RM475 sebulan kepada RM550 sebulan di bawah Skim Keilatan.

Pembinaan Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik dan Cybernics Kebangsaan PERKESO di Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak.

PERKESO menerima Anugerah Zero Project Award Kategori Innovative Solutions bagi Portal Pekerjaan Negara MYFutureJobs di Vienna, Austria.

Kempen Ambil Pekerja Lokal dilancarkan.

Perasmian Pejabat PERKESO Klang yang baharu.

Official opening of the new Klang PERKESO Office.

Perasmian Pusat Dialisis PERKESO yang pertama dan telah memulakan operasinya pada 3 Februari 2023.

Penganjuran International Public Employment Forum (IPEF) dengan tema “Building a Resilient Workforce: The MADANI Approach”.

Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara SESRIC dan PERKESO.

2024

9 Januari - Tuntutan semua jenis faedah di bawah Skim Bencana Kerja Pekerja Asing (SBKPA) hendaklah dibuat di Malaysia.

1 Mac - Pindaan kadar bayaran rawatan perubatan kepada klinik panel PERKESO.

1 Jun - Kenaikan amaun faedah Pengurusan Mayat daripada RM2,000 ke RM3,000 bagi kesemua Akta yang ditadbir oleh PERKESO.

Faktor penggantian (nilai gantian umur) bagi Faedah Hilangupaya Kekal.

1 Julai 2024 - Perluasan skim keilatan kepada Pekerja Asing.

1 September - Perkhidmatan Social Synergy ‘one stop centre’ di semua kaunter utama PERKESO.

1 Oktober - Kenaikan kadar had siling gaji bagi maksud caruman daripada RM5,000 kepada RM6,000.

21 Oktober - Pecah tanah Pusat Rehabilitasi PERKESO Wilayah Timur.