Accessibility Tools

Skip to main content

Belanjawan 2027

PERKESO menyambut baik pembentangan Belanjawan 2027 Malaysia MADANI oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang terus memberikan keutamaan kepada kesejahteraan rakyat serta pengukuhan jaringan perlindungan sosial negara.

Menerusi Belanjawan 2027, beberapa inisiatif penting melalui PERKESO diumumkan bagi memastikan lebih ramai rakyat mendapat perlindungan sewajarnya, khususnya pekerja gig, individu bekerja sendiri, pemandu kenderaan perdagangan serta petugas institusi agama.

Antara inisiatif utama yang diumumkan ialah:
✔️ Pelepasan cukai diperluas meliputi caruman LINDUNG 24 Jam dan LINDUNG Kendiri, dengan pelepasan tambahan sehingga RM150.
✔️ Insentif padanan caruman sebanyak 35% untuk pekerja e-hailing dan p-hailing, yang boleh ditingkatkan sehingga 50% sekiranya penyedia platform turut menanggung sebahagian caruman.
✔️ Insentif padanan caruman sebanyak 70% untuk lebih 200,000 individu bekerja sendiri dalam 17 sektor tidak mandatori.
✔️ Penyediaan baucar pemeriksaan kesihatan kepada pemandu kenderaan perdagangan.
✔️ Caruman PERKESO bagi 40,000 imam, bilal, tok siak, noja, marbut dan guru takmir ditanggung sepenuhnya melalui Tabung Haji.

Ini bukan sekadar soal caruman. Ini adalah usaha memastikan lebih ramai rakyat memiliki jaringan keselamatan apabila berdepan kemalangan, kehilangan upaya atau musibah yang tidak dijangka.

Belanjawan 2027: Memperkasa pekerjaan, memperluas perlindungan dan melindungi masa hadapan.