Accessibility Tools

Skip to main content

Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja
(LINDUNG 24 JAM)

LINDUNG 24 Jam diperkenalkan untuk memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja yang layak semasa tempoh penggajian, termasuk perlindungan bagi kemalangan yang berlaku di luar waktu kerja yang tidak berkait langsung dengan penggajian ataupun pekerjaan

Kebaikan:

  • Perlindungan secara menyeluruh bagi kemalangan yang tidak berkait dengan pekerjaan
  • Tempoh masa perlindungan 24 jam sehari kepada pekerja
  • Pembiayaan kos rawatan perubatan oleh PERKESO

Kadar Caruman:

Caruman ditanggung sepenuhnya oleh pekerja. Kadar caruman pekerja akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu:

  • 0.75% untuk dua tahun pertama (Fasa Pertama),
  • 1.0% untuk tiga tahun berikutnya (Fasa Kedua),
  • 1.25% mulai tahun keenam dan seterusnya (Fasa Ketiga)

Jenis Caruman:

  • Tidak lagi diwajibkan bagi pekerja tempatan, sebaliknya dilaksanakan secara sukarela dan ditanggung sepenuhnya oleh pekerja . Walau bagaimanapun, pelaksanaannya kekal mandatori bagi pekerja asing selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
  • Majikan hendaklah membayar caruman bagi pihak pekerja selama pekerja itu masih bekerja dengannya.

Kes yang Tidak Dilindungi:

  • Kemalangan berlaku di luar Malaysia
  • Orang Berinsurans (OB) yang merupakan pekerja asing yang menyalahgunakan pas atau permit yang sah yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Imigresen atau melanggar apa-apa syarat kemasukkan di bawah Akta Imigresen 1959 / 63 [Akta 155].
  • Bencana pekerjaan sendiri di bawah Akta 789.
  • Bencana domestik di bawah Akta 838.
  • Keadaan yang disebabkan oleh apa-apa penyakit seperti kencing manis, demam, darah tinggi dan lain-lain.

Takrifan Bukan Bencana Kerja:

“Bukan bencana kerja” ertinya suatu kecederaan diri pada seorang pekerja disebabkan oleh kemalangan yang bukan terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya dalam sesuatu perusahaan yang terhadapnya Akta ini terpakai dan hendaklah tidak termasuk apa-apa keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 96B.

Pekeliling Majikan

Panduan Majikan dan Pekerja

Apa itu LINDUNG 24 Jam?

Infografik LINDUNG 24 Jam