Accessibility Tools

Skip to main content

Program Pemandu Sihat & Selamat

Pengenalan

Program Pemandu Sihat dan Selamat (PSS) merupakan satu inisiatif di bawah Belanjawan MADANI 2026 yang menyediakan subsidi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan bagi tujuan pembaharuan lesen kepada pemandu kenderaan perdagangan yang layak dari kategori PSV E(Bas), GDL E(Kejur), dan GDL E(Bersendi).

MESAS - Platform berpusat untuk pemeriksaan perubatan GDL & PSV

Kriteria Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur antara 40 hingga 59 tahun;
  3. Pencarum aktif PERKESO di bawah Skim Keilatan Lindung Pekerja atau Lindung Kendiri; dan
  4. Pemegang lesen vokasional PSV E(Bas), GDL E(Kejur), atau GDL E(Bersendi) yang perlu memperbaharui lesen vokasional.

Objektif

  1. Menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara bersubsidi bagi pemandu kenderaan berat yang ingin memperbaharui lesen memandu vokasional;
  2. Pembaharuan lesen vokasional secara sistematik melalui pendigitalan Borang JPJL8A;
  3. Menggalakkan pemandu menjalani pemeriksaan kesihatan komprehensif dalam usaha meningkatkan tahap kesihatan pemandu dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya; dan
  4. Memastikan pemandu berada dalam keadaan sihat serta mengenal pasti masalah kesihatan yang boleh menjejaskan keupayaan pemanduan.

Soalan Lazim

Jenis Pemeriksaan

  • Pemeriksaan fizikal umum
  • Pemeriksaan penglihatan
  • Pemeriksaan pendengaran
  • Saringan Sindrom Kesekatan Pernafasan Tidur Berdengkur (OSA)
  • Pemeriksaan neurologi dan muskuloskeletal
  • Pemeriksaan kardiovaskular
  • Pemeriksaan respiratori
  • Pemeriksaan diabetes (ujian HbA1c perlu dijalankan sekiranya pencarum menghidap diabetes)