Caruman

Portal ASSIST

  • Mulai 1 Januari 2018, PERKESO telah memperkenalkan Portal ASSIST PERKESO bagi memudahkan majikan menguruskan pendaftaran majikan dan pekerja, rekod caruman dan pembayaran caruman.
  • Bagi menggunakan Portal ASSIST PERKESO ini, majikan perlulah mendaftar untuk mendapatkan ID Portal ASSIST PERKESO terlebih dahulu dengan melengkapkan Borang ID Portal ASSIST PERKESO yang boleh diperolehi menerusi laman sesawang PERKESO dan menghantarkannya ke pejabat PERKESO berdekatan.
  • Portal ASSIST PERKESO boleh dilawati dengan melayari www.perkeso.gov.my login Portal ASSIST.
  • Financial Process Exchange (FPX) - Majikan perlu mempunyai akaun perbankan internet dengan mana-mana bank yang menyediakan perkhidmatan FPX.
  • Direct Debit Authorisation (DDA) – Majikan perlu membuat permohonan E-mandate melalui Portal Assist.

Perbankan Internet

Majikan perlu berdaftar dan mempunyai akaun di bank-bank yang telah dilantik. Penerangan lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi bank-bank berikut:

Bil Bank Perkhidmatan
1 Maybank Berhad Maybank2e.net
2 CIMB Bank Berhad BizChannel
3 RHB Bank Berhad RHB Reflex
4 Public Bank Berhad PBeBank.com
5 Citibank Berhad CitiConnect
6 Hong Leong Bank Berhad ConnectFirst/Connect Biz
7 AmBank Malaysia Berhad E-Ambiz
8 Alliance Bank Malaysia Berhad BizSmart
9 Affin Bank affinonline
10 HSBC Bank (M) Berhad HSBCnet
11 Bank Islam Malaysia Berhad e-Banker
12 Agro Bank AGRONet
13 UOB Bank UOB Business Internet Banking
14 Bank Muamalat Malaysia Berhad Corporate Internet Banking (i-Biz)
15 Standard Chartered Malaysia Straight2Bank
16 OCBC Bank OCBC Velocity
17 Bank Rakyat iRakyat
18 MBSB Bank Mjourney
19 JP Morgan JP Morgan Access

Kaunter Bank

  • Kaunter Bank (menggunakan rujukan ACR dengan data caruman dikemukakan menerusi Portal ASSIST PERKESO).
  • Bank yang dilantik sebagai ejen pemungut adalah seperti berikut:
    i.    Maybank Berhad
    ii.   Public Bank Berhad (mulai 1 Mac 2018)

Aplikasi PRIHATIN

Tempoh Pembayaran Caruman

Pembayaran caruman hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 15 hari bulan bagi caruman bulan sebelumnya (contoh; caruman bulan Julai 2017 hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 15 Ogos 2017).

Faedah Caruman Lewat Bayar

Faedah caruman lewat bayar akan dikenakan pada kadar 6% setahun bagi tiap-tiap satu hari caruman yang tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan.

Muat Turun Format Textfile

Menara PERKESO, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

1-300-22-8000

Copyright 2023 © Social Security Organisation | All rights reserved