Sistem Insurans Pekerjaan Untuk Orang Berinsurans (OB) Kehilangan Pekerjaan (LINDUNG KERJAYA)

Sistem Insurans Pekerjaan (LINDUNG KERJAYA) telah ditubuhkan pada 1 Januari 2018 untuk menyediakan penggantian pendapatan kepada Orang Berinsurans (OB) yang kehilangan pekerjaan. OB yang memohon LINDUNG KERJAYA akan menerima bantuan pekerjaan semula dari Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan (ESO). Sebahagian daripada usaha mencari pekerjaan, OB dikehendaki untuk berdaftar dengan MYFutureJobs dan OB akan dipadankan dengan kekosongan jawatan yang bersesuaian. OB juga boleh memilih untuk menghadiri latihan kemahiran semasa menganggur atau selepas diambil bekerja dengan majikan baru yang mana ini adalah sebahagian daripada program pasaran buruh aktif SIP.
Orang Berinsurans (OB) layak menerima faedah SIP sekiranya:
- Memohon dalam tempoh 60 hari dari tarikh kehilangan pekerjaan
- Memenuhi syarat kelayakan caruman seperti mempunyai bilangan caruman yang mencukupi
- Tidak bekerja mengikut definisi kehilangan pekerjaan di bawah Akta SIP
Kehilangan pekerjaan termasuk:
- Pemberhentian kerja biasa
- VSS/MSS (skim pemisahan sukarela/persefahaman bersama)
- Penutupan tempat kerja kerana bencana alam (force majeure)
- Bankrap atau penutupan perniagaan
- Pembuangan kerja secara konstruktif
- Peletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja
- Perletakan jawatan apabila diarah melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan