Accessibility Tools

Skip to main content

Perkhidmatan Pemulihan

Pengenalan

Perkhidmatan pemulihan PERKESO adalah merujuk kepada penyediaan alatan sokongan untuk membantu Orang Berinsurans yang mengalami kecederaan, penyakit atau ketidakupayaan fizikal. Tujuan utama perkhidmatan ini adalah untuk menyokong proses pemulihan, meningkatkan atau mengekalkan fungsi fizikal seseorang agar mereka dapat menjalani aktiviti harian dengan selesa dan berdikari.

Alat pemulihan ini merangkumi pelbagai jenis peralatan seperti alat bantuan mobiliti, alat sokongan anggota badan (prostetik dan ortotik) serta alat implan. Penyediaan alatan ini biasanya berdasarkan penilaian klinikal oleh pegawai perubatan atau pakar pemulihan bagi memastikan kesesuaian dan keberkesanannya.

Kelayakan

Syarat kelayakan Orang Berinsurans untuk menerima kemudahan alat pemulihan adalah tertakluk kepada kelulusan tuntutan di bawah akta berkaitan serta disokong oleh pengesyoran doktor yang merawat bahawa alat pemulihan tersebut diperlukan bagi diagnosis yang berpunca daripada kecederaan atau penyakit yang menjadi asas kepada tuntutan PERKESO.

Jenis-Jenis Perkhidmatan Pemulihan Yang Ditawarkan

1. Prostetik

Prostetik ialah alat anggota badan tiruan yang disediakan bagi menggantikan anggota yang hilang sama ada akibat kemalangan atau penyakit.

Jenis Pembekalan Prostetik

  1. Tangan palsu
  2. Kaki palsu
  3. Payu dara palsu
  4. Alat bantu dengar
2. Ortotik

Ortotik adalah alat sokongan luaran bagi membantu, menyokong atau membetulkan fungsi anggota badan yang lemah, cedera atau tidak normal. Alat ortotik direka untuk dipakai pada bahagian tubuh tertentu seperti kaki, tangan atau tulang belakang bagi meningkatkan kestabilan, pergerakan dan penjajaran anggota badan.

Jenis Pembekalan Ortotik :

  1. Alat sokongan bahu (shoulder support)
  2. Alat sokongan lutut (knee brace)
  3. Alat sokongan kaki (ankle foot orthosis)
3. Medical Aids

Medical aids adalah alat bantuan yang disediakan kepada Orang Berinsurans bagi membantu memulihkan, menyokong atau meningkatkan fungsi fizikal yang terjejas akibat kecederaan, penyakit atau ketidakupayaan.

Medical aids terbahagi kepada dua jenis iaitu rehabilitation equipment dan consumable items.

a. Rehabilitation Equipment

  1.  Commode chair
  2. Wheelchair
  3. Ripple mattress
  4. Transfer aids
  5. Hospital bed
  6. Botulinum Toxin Type A
  7. Pressure relief cushion
  8. Ambulation aids
  9. Respiratory support and airway care
  10. Electrical hoist

b. Consumable items

Consumable items merupakan bantuan subsidi alat pemulihan yang boleh dipertimbangkan untuk membantu kelangsungan hidup Orang Berinsurans, terhad kepada kuantiti bulanan yang ditetapkan.

  1.  Urinary catheter
  2. Colostomy flange & pouch
  3. NG feeding tube
  4. Diapers
  5. Tube feeding milk
4. Implan

Implan ialah sesuatu bahan atau alat yang dimasukkan ke dalam badan manusia (biasanya melalui prosedur pembedahan atau prosedur perubatan) untuk tujuan tertentu sama ada untuk menggantikan, menyokong atau membantu penyembuhan anggota badan yang cedera dan mengembalikan fungsi anggota.

Kemudahan Implan PERKESO mula diperkenalkan di bawah Skim Bencana Pekerjaan bagi menampung perbelanjaan perubatan (Faedah Perubatan) untuk Orang Berinsurans yang mengalami kemalangan atau penyakit pekerjaan yang berpunca daripada pekerjaan mereka.

Kemudahan ini kemudiannya diperluaskan kepada Skim Keilatan di bawah Faedah Pemulihan, sebagai satu inisiatif mitigasi keilatan. Inisiatif ini bertujuan mencegah keilatan secara proaktif terhadap Orang Berinsurans yang mengalami kecederaan serius, di samping mempercepatkan proses pemulihan dan kembali semula bekerja.

Jenis pembekalan implan: 

  1. Implan trauma (plates, screws, inter-locking nails, external fixator)
  2. Implan penggantian sendi (arthroplasty)
  3. Implan tulang belakang (spine implant)
  4. Implan tempurung kepala (cranioplasty, titanium mesh)
  5. Implan artroskopi
  6. Implan gigi

Permohonan implan boleh dibuat melalui sistem INSPIRE oleh doktor yang merawat melalui portal permohonan inspire.perkeso.gov.my. Pertanyaan lanjut mengenai permohonan implan boleh hubungi talian khidmat pelanggan implan di talian 03-4264 5505.

Portal INSPIRE PERKESO

INSPIRE atau singkatan kepada Integrated System for Prosthetic & Orthotic Inventory and Rehabilitation merupakan sebuah sistem yang dibangunkan untuk mengurus penyampaian perkhidmatan PERKESO yang merangkumi perkhidmatan pemulihan seperti implan perubatan dan peralatan rehabilitasi. Sistem ini juga mengurus perkhidmatan dialisis di bawah pusat dan panel dialisis PERKESO.

Modul INSPIRE DR membolehkan doktor yang merawat membuat permohonan bagi implan, peralatan pemulihan serta perkhidmatan rehabilitasi yang diperlukan berdasarkan indikasi klinikal untuk Orang Berinsurans yang layak. Pendaftaran dibuka kepada Pegawai Perubatan dan Pakar Kerajaan dalam jabatan berkaitan melalui pautan "Doctors Sign Up" di Portal INSPIRE.

Layari Portal INSPIRE

Galeri

Alat bantuan berjalan

Kaki palsu

Alat sokongan lutut

Katil hospital

Implan