Accessibility Tools

Skip to main content

Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja
(LINDUNG 24 JAM)

LINDUNG 24 Jam diperkenalkan untuk memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja yang layak semasa tempoh penggajian, termasuk perlindungan bagi kemalangan yang berlaku di luar waktu kerja yang tidak berkait langsung dengan penggajian ataupun pekerjaan

Kebaikan:

  • Perlindungan secara menyeluruh bagi kemalangan yang tidak berkait dengan pekerjaan
  • Tempoh masa perlindungan 24 jam sehari kepada pekerja
  • Pembiayaan kos rawatan perubatan oleh PERKESO

Kadar Caruman:

Caruman ditanggung sepenuhnya oleh pekerja. Kadar caruman pekerja akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu:

  • 0.75% untuk dua tahun pertama (Fasa Pertama),
  • 1.0% untuk tiga tahun berikutnya (Fasa Kedua),
  • 1.25% mulai tahun keenam dan seterusnya (Fasa Ketiga)

Jenis Caruman:

  • Tidak lagi diwajibkan bagi pekerja tempatan, sebaliknya dilaksanakan secara sukarela dan ditanggung sepenuhnya oleh pekerja . Walau bagaimanapun, pelaksanaannya kekal mandatori bagi pekerja asing selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
  • Majikan hendaklah membayar caruman bagi pihak pekerja selama pekerja itu masih bekerja dengannya.

Kes yang Tidak Dilindungi:

  • Kemalangan berlaku di luar Malaysia
  • Orang Berinsurans (OB) yang merupakan pekerja asing yang menyalahgunakan pas atau permit yang sah yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Imigresen atau melanggar apa-apa syarat kemasukkan di bawah Akta Imigresen 1959 / 63 [Akta 155].
  • Bencana pekerjaan sendiri di bawah Akta 789.
  • Bencana domestik di bawah Akta 838.
  • Keadaan yang disebabkan oleh apa-apa penyakit seperti kencing manis, demam, darah tinggi dan lain-lain.

Takrifan Bukan Bencana Kerja:

“Bukan bencana kerja” ertinya suatu kecederaan diri pada seorang pekerja disebabkan oleh kemalangan yang bukan terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya dalam sesuatu perusahaan yang terhadapnya Akta ini terpakai dan hendaklah tidak termasuk apa-apa keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 96B.

Pekeliling Majikan

Panduan Majikan dan Pekerja

Apa itu LINDUNG 24 Jam?

LINDUNG 24 Jam di Akhbar

Pekerja boleh pilih keluar skim LINDUNG 24 Jam mulai Isnin ini - PERKESO

Sinar Harian | 10 Julai 2026

KUALA LUMPUR - Pekerja yang berhasrat untuk tidak meneruskan caruman Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) boleh mengisi perakuan pelepasan liabiliti bermula pada Isnin

Pencarum pilih keluar LINDUNG 24 JAM perlu isi borang pelepasan liabiliti - PERKESO

Berita Harian | 10 Julai 2026

KUALA LUMPUR: Pencarum yang tidak berhasrat meneruskan Skim Kemalangan Bukan Bencana (LINDUNG 24 JAM) boleh memilih untuk keluar dengan melengkapkan perakuan pelepasan liabiliti.

LINDUNG 24 Jam sukarela bagi pekerja tempatan, kekal mandatori untuk pekerja asing

Sinar Harian | 09 Julai 2026

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan caruman Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak lagi diwajibkan kepada pekerja tempatan, sebaliknya dilaksanakan secara sukarela berkuat kuasa serta-merta.

Caruman Skim LINDUNG 24 Jam kekal mandatori bagi pekerja asing – Ramanan

Buletin TV3 | 09 Julai 2026

KUALA LUMPUR: Caruman Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak lagi diwajibkan kepada pekerja tempatan, sebaliknya dilaksanakan secara sukarela berkuat kuasa serta-merta.

PERKESO salur lebih RM1.2 juta faedah di bawah skim LINDUNG 24 Jam dalam tempoh sebulan

Astro Awani| 03 Julai 2026

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menyalurkan faedah berjumlah lebih RM1.2 juta kepada Orang Berinsurans (OB) di bawah Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja atau LINDUNG 24 Jam dalam tempoh sebulan ia dikuatkuasakan.

PERKESO Salur Lebih RM1.2 Juta Faedah Dalam Sebulan Di Bawah LINDUNG 24 Jam

Siakap Keli | 03 Julai 2026

Sebanyak 592 permohonan kes telah diterima oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menerusi Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja atau LINDUNG 24 Jam sejak sebulan ia berkuat kuasa.

Perkeso pays out RM1.2mil in first month of Lindung 24/7

New Straits Times | 03 July 2026

KUALA LUMPUR: The Social Security Organisation (Perkeso) has disbursed more than RM1.2 million in benefits under its Non-Employment Injury Scheme (Lindung 24 Hours), within the first month of its implementation.