Pekerja asing termasuk ekspatriat dan pekerja domestik asing adalah dilindungi di bawah skim-skim berikut:

Skim Bencana Kerja (LINDUNG PEKERJA)
Perlindungan kepada pekerja asing yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya. Perlindungan di bawah skim ini meliputi kemalangan berikut:
- Kemalangan semasa menjalankan pekerjaan
- Kemalangan semasa dalam perjalanan seperti mengikut laluan di antara tempat kediaman atau tempat tinggal dengan tempat kerja, laluan di antara tempat kerja dengan tempat makan dalam masa rehat yang dibenarkan atau perjalanan dibuat bagi apa-apa sebab yang secara langsung berkaitan dengan penggajiannya.
- Kemalangan semasa kecemasan
- Penyakit khidmat
Tarikh kuatkuasa: 1 Januari 2019
Skim Keilatan (LINDUNG PEKERJA)
Perlindungan kepada pekerja asing yang menghidap keilatan atau keuzuran yang berkekalan serta tidak berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaganya, sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan pekerja yang normal. Skim ini meliputi keilatan atau kematian akibat sebarang sebab.
Tarikh kuatkuasa: 1 Julai 2024
Syarat Kelayakan Pekerja Asing
- Mempunyai pasport yang sah
- Mempunyai pas kerja yang sah seperti Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), pas penggajian, pas khas dan lain-lain pas kerja seumpamanya
Pendaftaran & Pembayaran Caruman
Pendaftaran pekerja asing hendaklah dilakukan oleh majikan dan majikan wajib memastikan caruman dibayar sepenuhnya mengikut kadar yang telah ditetapkan. Kegagalan melaksanakan perkara tersebut adalah suatu kesalahan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan sekiranya disabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Kadar caruman bulanan yang WAJIB dibayar : | Syer | Skim Bencana Kerja (LINDUNG PEKERJA) | Skim Keilatan (LINDUNG PEKERJA) | Jumlah Caruman |
---|---|---|---|---|
Majikan | 1.25% | 0.5% | 1.75% | |
Pekerja Asing | - | 0.5% | 0.5% |
Nota Penting
Caruman Jenis Pertama (Skim Bencana Kerja (LINDUNG PEKERJA) dan Skim Keilatan (LINDUNG PEKERJA))
Bagi pekerja asing yang berumur di bawah 55 tahun ketika mula memasuki atau pertama kali mencarum di bawah Skim Keilatan PERKESO.
Caruman Jenis Kedua (Skim Bencana Kerja (LINDUNG PEKERJA))
- Bagi pekerja asing yang telah mencapai 55 tahun dan ke atas serta belum pernah memasuki atau mencarum di bawah Skim Keilatan PERKESO sebelum ini; atau
- Bagi pekerja asing telah mencapai umur 60 tahun dan masih bekerja.
Sila ke laman berikut untuk mengetahui lebih lanjut: